Halaman

Khamis, Oktober 25, 2007

GOOD LUCK EXAM!!!

KEPADA:
PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM, STPM, STAM, AKHIR SEMESTER DAN SEBAGAINYA.






DIDOAKAN MOGA SEMUA YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN PADA TAHUN INI BERJAYA DENGAN CEMERLANG.





ALL DA BEST YA!!!

p/s: untuk peperiksaan kali ini, saya memilih untuk membotakkan kepala saya. hehe. saja nak kelainan. ringan sikit. mudah masuk bila study. [i'm saying the truth] =)

Khamis, Oktober 11, 2007

KETERBUKAAN



Ketahuilah, kita memandang sesuatu perkara itu berbeda dengan pandangan orang lain. Kadang-kadang, kita melihat sesuatu perkara itu baik di mata kita. Namun, tidak di mata orang lain. Kadang-kadng kita melihat sesuatu perkara itu buruk di pandanagn kita. Namun pada pandangan orang lain, itu baik, bagus. Pelajarilah untuk menerima seadanya dan tidak begitu cepat menilai seseorang pada luarannya semata-mata. Di sebalik luaran itu, mungkin tersirat 1001 macam tafsiran pada dalaman yang masih belum terungkai.

Khamis, Oktober 04, 2007

BELI LAPTOP

(Sekadar gambar hiasan)


Saya tengah kumpul duit sikit-sikit untuk beli laptop. Ini bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan yang pensyarah beri. Disamping itu, saya boleh taip sebarang artikel atau bahan untuk diletakkan di blog saya ini. Ia juga berguna untuk saya sampaikan ceramah motivasi saya yang mana sebelum ini banyak bergantung kepada laptop orang lain. Kata-kata seorang Mualimah (Guru Perempuan Sekolah Agama) pagi tadi begitu menarik hati saya untuk berusaha mendapatkan sebuah laptop sendiri. Pagi tadi ada bagi ceramah. Laptop pihak penganjur buat hal pula. Tapi salah saya sebab tak 'check' terlebih dahulu. Hehe.
Mula kumpul duit!!!

Isnin, Oktober 01, 2007

ENTAH 2

Ramadhan kali ini banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Pelbagai dugaan yang saya tempuhi yang kadang-kadang begitu menghiris perasaan saya sebagai seorang insan biasa. Namun, inilah kehebatan Cinta Tuhan. Disebalik setiap dugaan yang saya alami, saya juga diselimuti dengan ketenangan, kebahgiaan, kesenangan yang tidak terkata. Inilah pelajaran yang terbaik bagi saya sepanjang 1428H.

Aku syukur Ya Allah....

Terima kasih kepada insan-insan yang tidak pernah jemu mendoakan diri ini.
Terima kasih kepada mereka yang kerap menjemputku berkongsi ilmu dan pengalaman yang tidak seberapa.
Terima kasih juga kepada insan-insan yang melukakan hatiku, sesungguhnya, tanpa luka yang dikau beri, tiada pengajaran sehebat ini!
Ketahuilah, tiada dendam di hati ini.