Halaman

Selasa, Januari 01, 2008

JUARA NMI 2007 DI ANAK TIRIKAN?






Sekitar Festival Nasyid Kebangsaan 2007 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 30.Disember 2007. Agak mendukacitakan apabila Juara Nasyid Minggu Ini 2007 turut 'diselitkan' sebagai acara sampingan. Seolah-olah Juara NMI 2007 sekadar program selingan yang tidak berprestij. Walhal, Juara NMI 2007 sepatutnya menjadi anugerah berprestij bagi RTM dan JAKIM untuk menghargai jasa dan pengorbanan penasyid yang telah bersama-sama menyampaikan dakwah. (Sekurang-kurangnya membantu JAKIM dalam kerja dakwah). Juara NMI 2007 juga memperlihatkan lagi cacatnya sebagai majlis anugerah apabila pemenang hanya menerima trofi sumbangan Sekretariat Anugerah Industri Nasyid (AIN) tanpa sebarang hadiah wang tunai. Manakala pemenang bagi Festival Nasyid Kebangsaan 2007 yang mencungkil bakat-bakat baru mendapat trofi, hadiah wang tunai beserta hadiah iringan yang cukup mengujakan. Adakah ini nasib penasyid-penasyid Malaysia? Takkan nak tunggu Media Prima buat anugerah nasyid baru RTM dan JAKIM akan terbuka matanya untuk mengangkat Juara NMI ke tahap anugerah berprestij?

2 ulasan:

Khairnaj berkata...

ada tayang kat RTM tak akhi? kdg2 saya tak alert pastu termiss nak tonton.

Abu Afham berkata...

tak pasti pulak. rasanya ada dirakamkan. tunggu sahaja nanti.