Halaman

Selasa, Januari 01, 2008

SERONOK MEMILIKI DIARI



Selamat Tahun Baru 2008! Lembaran baru pun bermula. Sudahkah anda memiliki sebuah diari 2008 untuk catatan harian bagi tahun ini? Jika belum, pastikan anda mendapatkannya secepat mungkin. Rugi jika pengalaman pahit manis anda pada tahun ini tidak anda coretkan didalam diari. Sekurang-kurangnya, di akhir tahun nanti, anda boleh imbas kembali setiap detik kenangan yang anda lalui pada tahun tersebut (Kan seronok tu!). Anda juga boleh catatkan setiap kejayaan, kegagalan mahupun setiap aktiviti yang berlangsung pada tahun tersebut.

Tahukah anda, diari juga boleh menjadi bukti jika berlaku salah faham. Pada tahun 2007, saya tidak menghadirkan diri dalam kuliah atas sebab-sebab kesihatan. Saya gagal mendapatkan MC pada ketika itu. Apabila hujung semester, pensyarah saya pun menyoal selidik saya. Selepas teruk di 'provoke', akhirnya saya jadi celaru dan gagal untuk mengimbas kembali apa sebenarnya yang berlaku kepada saya pada waktu itu. Saya pohon kepada pensyarah saya untuk pulang ke hostel mengambil diari dan saya tunjukkan pada dia pada tarikh tersebut rupa-rupanya saya kena demam selesema. Dia menerima jawapan saya dan memuji atas disiplin saya dalam menulis diari.

Disamping itu, saya juga menyarankan anda memiliki sebuah diari kecil bersaiz poket untuk memudahkan anda mencatat setiap tugasan mahupun temujanji penting anda. Selalunya diari mini ini berharga RM2.00-RM4.00 sebuah. Memiliki diari mini ini mampu membuatkan anda kelihatan elegan dan penuh disiplin. Anda juga boleh catatkan tarikh lahir orang yang penting dalam hidup anda seperti ibu, ayah, adik beradik, isteri, suami mahupun sahabat karib anda. Dengan ini, anda akan membuatkan mereka berasa begitu dihargai apabila anda mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka pada hari lahir mereka sebagai tanda ingatan anda kepada mereka. (Walaupun anda tidak menghafalnya. hanya mencatatnya di dalam diari mini!)

Apa tunggu lagi? Dapatkan segera diari 2008 anda sekarang!

p/s: saya tidak mempromosikan sebarang diari keluaran mana-mana syarikat. hanya sekadar saranan buat semua tanpa sebarang keuntungan peribadi. hehe

2 ulasan:

khairul najmi yusof berkata...

best jugak ek ada diari ni. boleh tulis memacam. Selamat tahun baru ek akhi.... [Boleh baca tak diari akhi???}

Husaini berkata...

nak baca diari hamba? mana boleh.... rahsia tu..... =p