Halaman

Jumaat, Januari 11, 2008

LAGI ARTIKEL DARI STUDIO MUSLIM Oleh AZREE MH

Slide ini menunjukkan bahawa syarikat sudah beroperasi LEBIH DARI 3 TAHUN
Dalam Borang Pendaftaran SSM, syarikat baru sahaja mendaftar pada JUN 2006.
Slide ini menunjukkan sistem piramid yang diamalkan secara terang-terangan.


Saya memetik beberapa ayat Ustaz Zaharuddin mengenai Program Ekspress ini.

Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan. Dalam kes anda, duit pelabur(peserta) dalam bentuk wang pos itu adalah untuk melabur dalam perniagaan itu. Tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, ‘pelaburan’ atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? Apa produknya? Mana pula “profit sharing ratio” nya? Maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.Produk menjual pusingan dan piramid penyertaan adalah tidak diterima oleh Islam. Ringkasnya, ia seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di bawah. Dalam bentuk yang anda berikan, ia jelas tidak dibenarkan.
Anda boleh membaca huraian panjang lebarnya di sini.

Pendapat pakar kewangan
Sebenarnya skim atau ‘program’ seperti ini telah diharamkan di mana-mana negara besar dunia seperti Amerika Syarikat. Skim seperti ini lebih dikenali sebagai skim PONZI. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang skim PONZI ini di
Wikipedia.
Ada beberapa ciri yang paling mudah dikesan sama ada sesuatu skim itu termasuk dalam skim PONZI ataupun tidak.


  1. Semua skim PONZI menggalakkan ahlinya me’rekrut’ ahli baru. Ini kerana dengan cara itulah mereka akan dapat wang baru atau modal baru.(Itulah yang mereka sedang lakukan sekarang iaitu men’derma’ di Program Ekspress itu. Tanpa pelabur baru, skim tersebut akan cepat berkubur.)

  2. Pulangan yang dijanjikan sangat hebat. Melebihi 50% dalam masa sebulan sekiranya lebih ramai ahli baru direkrut. (Samalah halnya dengan program ini, cuma ayatnya ‘derma ikhlas’. Tetapi ayat-ayat promosinya tetap merangsang orang untuk mencari ahli baru dengan cepat). Sedangkan pelabur-pelabur ‘world class’ seperti Warren Buffet dan George Soros pun hanya memberi pulangan 20-24% setahun! Tidakkah logik kalau betul program ini betul-betul tiada unsur penipuan/perjudian, mengapa pakar-pakar tersebut tidak membuat program seperti ini?

  3. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment’ is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur’ baru.(Cuma dalam program ini, mereka menyuruh peserta aqad bahawa duit yang dilaburkan adalah ‘derma ikhlas’).

  4. Kebanyakan pelabur skim PONZI akan berkata, “Cuba dulu, sikit saja. Belum cuba belum tahu.”

Penipuan dalam presentation Program Ekspress
Saya telah cuba mendapatkan presentation power point yang digunakan oleh mereka semasa memberi ‘ceramah’ tentang program ini. Dan mendapati banyak penipuan untuk mengaburi mata yang melihatnya.


  1. Mereka mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 3 tahun.
    Sedangkan boleh dilihat pula pada sijil pendaftaran syarikat tersebut yang menunjukkan syarikat tersebut beroperasi tidak sampai pun satu tahun setengah. Pelik, pelik.

  2. Mereka mengatakan tiada unsur ‘skim piramid’ dalam program tersebut.
    Sedangkan dalam beberapa slide seterusnya ditunjukkan pula gambar rajah ini. Terang-terang menunjukkan adanya unsur ‘skim piramid’. Terang dan nyata. (Kalau empay, swisscash dulu tidaklah begitu terang dan nyata seperti ini).

Ada satu slide mengatakan yang program ini dicipta oleh seorang bekas lecturer UIA yang kini bergelar dato’ yang mempunyai perniagaan dan pelaburan yang sangat luas termasuk pelancongan, kelapa sawit dan sebagainya.
Tetapi bila ditanyakan sudah disiasat atau belum si ‘Prof Datuk Dr Farid Ismail’ tersebut? Betulkah sudah sekaya itu?


Dan ada satu perkara yang agak membuatkan saya geli hati. Mereka mengambil satu ayat Robert T. Kiyosaki, “I want money, so I give money and it comes back in multiples.”
Memang Robert T. Kiyosaki ada mengajar tentang konsep menderma. Tetapi tidak pula dia mengajar konsep menderma dan kemudian meminta ‘derma simpati’ daripada orang lain.


Kesimpulan
Saya bukanlah seorang ustaz untuk mengatakan program ini halal atau haram. Sekadar mengambil pandangan Ustaz Zaharuddin jika betul mereka mahu menilainya dari sudut agama.
Saya juga bukanlah seorang pakar kewangan untuk mengatakan program ini menipu atau tidak. Sekadar mengambil pandangan Azizi Ali jika betul mereka yang menyertainya ingin menilai program ini dari sudut kewangan.
Dua hari lepas seorang kawan bertanya, “Kau tak takut ke tulis pasal program ni?” Saya tahu risikonya sebab kebanyakan yang masuk program ini pun merupakan kawan terdekat saya sendiri. Kalau saya takut, saya tak akan tulis mengenai baik buruk program ini. Sudah banyak kali saya cuba menerangkan kepada mereka, tetapi digelakkan sahaja. Samalah halnya dengan menyembelih ayam. Niat sudah dibaca betul dengan semuanya tertib. Tetapi cara atau bahagian yang disembelih itu salah. Halal atau haram untuk makan ayam tersebut?


P/s: Kalau betul-betul mahu tahu pemikiran Robert T. Kiyosaki, saya mengajak anda untuk mengikuti bengkel Cashflow 101. Saya sanggup deal dengan penganjur untuk mengenakan bayaran yang murah sahaja.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam abu afham...

ana tertarik dgn topik yg nta bwakan dlm blog ini..

cuma ana berminat utk menjwb beberapa persoalan yg menjd kekeliruan mgkn di pihak nta..

persoalan pertama..
1. Mereka mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 3 tahun.
Sedangkan boleh dilihat pula pada sijil pendaftaran syarikat tersebut yang menunjukkan syarikat tersebut beroperasi tidak sampai pun satu tahun setengah. Pelik, pelik.

jawapan:
dlm ssm(suruhanjaya syarikat malaysia) syrkt yg berdaftar as a enterprise menjd kewajipan utk renew sethn sekali...jd sijil yg nta lihat itu adalah yg terbaru...reoson-tak mungkin utk tunjukkan silil syrkt yg harus di renew each year kpd semua...cukup sekadar cth-mmbuktikan syrkt ini berdaftar secara sah under ssm...

2. Mereka mengatakan tiada unsur ‘skim piramid’ dalam program tersebut.
Sedangkan dalam beberapa slide seterusnya ditunjukkan pula gambar rajah ini. Terang-terang menunjukkan adanya unsur ‘skim piramid’. Terang dan nyata. (Kalau empay, swisscash dulu tidaklah begitu terang dan nyata seperti ini).

jawapn:
ana rs nta lebih faham apa itu skim piramid..jika nta teliti btul2 ia bknlah skim piramid kerANa dlm piramid system tidak ada istilah "terputus" dan ia menggunakan pairing system...dlm program ini jika menggunakan piramid skim,sudah tentu nama2 dlm borang tersebut lebih dr 7,8 hingga 9 org(sila rujuk semula)

Ada satu slide mengatakan yang program ini dicipta oleh seorang bekas lecturer UIA yang kini bergelar dato’ yang mempunyai perniagaan dan pelaburan yang sangat luas termasuk pelancongan, kelapa sawit dan sebagainya.
Tetapi bila ditanyakan sudah disiasat atau belum si ‘Prof Datuk Dr Farid Ismail’ tersebut? Betulkah sudah sekaya itu?

cadangan:
tak baik memperkecilkan org lain..nmpknya nta sudah tentu knal dgn semua org kaya di malaysia kan?
ana rasa nta dahsyat la...hehe
nampak seperti ada unsur2 menghina di situ...nta dah pernah berjumpa dan beliau?

nta mmg dahsyat...

memetik dr artikel ust zaharuddin..
ana dan sahabat ana dah bertanya sendiri pd ust zaharuddin...ust zaharuddin sndr blum jelas akan prog ini..sbbitu ust blum buat kenyataan terbaru..

maafkan ana tp ana suka utk berbincang...siapalah ana...

Tanpa Nama berkata...

maaf ana xde nama...biarlah nta knal ana sebagai "siapalah aku"

ana xmarahkan nta..ttp ana mengalu2kan soalan2 begini...sebetulnya ana antara org yg menyertai prog ini...

tetapi setelah berjumpa sendiri dgn beberapa org ust dr kllyh irk,
setelah diberi penerangan yg jelas,

ust tersebut(pengajian ilmu fiqh)menyatakan program ni menjd hukumnya harus...tidaklah ana hebat seperti nta...

sbb tu 3mggu ana mgkaji prog ini ternyata tidak terdpt sebrg keraguan

ana harap nta rujuk semula dgn yg ahli dlm fiqh lebih lg dlm muamalat dalam islam seblm membuat sebrg kenyataan

Tanpa Nama berkata...

nak tahu mengapa dlm empay, swisscash dan sewaktu dgnnya tak begitu trg dan nyata?
jwpn: dlm MLM(multi-level-marketing) ia dippanggil hidden in marketing plan-sila rujuk semula-

kebykkan dlm MLM xkn ceritakn kesemuanya..jika di teliti semakin besar pangkat semakin tggi maintainance pd syrkt..

tak perlu ana ceritakan hal MLM dlm ni..cuma mintak nta rujuk dahulu..

tak salah nta hadiri dulu taklimat mrk kemudian,nilailah..

nta pasti lebih pakar dlm meletakkan sebrg hukum...adakh hanya dgn tidak siasat dgn tepat n terperinci nta boleh trus meletakkan sebrg hukum?-wah hebat nta...

ana hanya mahu berkongsi...maafkan ana kalau terkasar tp sebgai senior di uia ni, bg ana nta blum matang dlm berfikir..maafkan ana

Tanpa Nama berkata...

mgkn ada kekeliruan disini

dr. farid bkn jkaya melalui prog ini ttp dia hanyalah pengasas dan yg byk membantu dlm keewangan srkt ini

kesimpulan:
kita yang maha tidak tahu ini jgn cepat melatah...siapalah kita...ana pun xsebaik dan sehebat nta ttp fikirkanlah...

Husaini berkata...

Salam.
Buat tanpa nama, disini saya nak jelaskan semula, artikel ini BUKANLAH ARTIKEL YANG DITULIS OLEH ABU AFHAM. Artikel ini DIAMBIL DENGAN IZIN PENULIS dari BLOG STUDIO MUSLIM. Artikel ini telah ditulis oleh Saudara Azree MH. Mungkin saudara Tanpa nama boleh rujuk blog STUDIO MUSLIM www.studiomuslim.com untuk makluman lanjut.

Berkenaan sujil SSM tadi, bukannya saya nak menyebelahi mana-mana pihak, cuma sijil SSM yang diperbaharui hanyalah di muka depan. BORANG D sahaja. bukan MAKLUMAT PEMILIK. tarikh mula berniaga tidak berubah. mungkin saudara boleh rujuk semula dnegan SSM.

Tentang hukum program ini, saya dgn rendah diri ingin maklumkan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang hukum tentangnya kerana saya bukan ulama. Saya hanyalah seorang Muslim yang dhaif disisi ALLAH SWT. Saya juga banyak bertanya kepada beberapa orang ustaz dan pakar dalam bidang ini. Dan ULASAN SERTA HIMPUNAN JAWAPAN yang saya perolehi nanti akan saya siarkan dalam blog ini.

Untuk pengetahuan saudara tanpa nama, saya juga turut serta menyertai PROGRAM EKSPRESS ini dnegan modal RM50.00 dansaya juga tidak lari dari mencari kebenaran apabila wujud persoalan sebegini. Justeru, kini saya berhenti sementara waktu untuk mencari kebenaran tentang hukum program ini. Sekiranya halal, saya akan sambung. Namun jika syubahah atau haram,saya akan berhenti.

Harap maklum.

ABU AFHAM

Tanpa Nama berkata...

ada ke pnulis artikel ni keluarkan pape fatwa? semua dia petik je ayat ust zaharuddin ngan azizi ali...

sikit2 je dia hurai pndpat dia ttg power point tu...

pelik2 tanpa nama ni...

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Mohon diambil komen tanpanama ini untuk diletakkan di StudioMuslim supaya perkongsian ini lebih bermakna. =)

Tanpa Nama berkata...

Kepada sdr tanpanama, saya sudah menjawab semua persoalan anda di blog www.studiomuslim.com..

Boleh juga copy paste link ni...

http://studiomuslim.com/bisnes/piramid-wang-pos-jawapan-kepada-persoalan-tanpanama/