Halaman

Jumaat, Januari 11, 2008

PIRAMID WANG POS oleh AZREE MH

# ARTIKEL INI DIAMBIL DENGAN IZIN DARI BLOG STUDIO MUSLIM #

Ada satu bentuk skim cepat kaya baru semakin hangat di UIA. Sampai pusat operasi ceramah mereka pun dibuat di salah sebuah kelas dalam masjid.

“Jom la masuk sekali, bukan banyak pun. Lagipun niat ikhlas nak men’derma’.” Ajak seorang kawan.

Beginilah saya huraikan sedikit skim tersebut yang dipanggil ‘Program Ekspres’. Caranya mudah sahaja, beli 5 keping wang pos berharga RM5 setiap satu. Dan setiap keping wang pos tersebut ditulis nama penerima yang ingin kita ‘derma’ mengikut senarai yang diberikan. Kemudian poskan wang tersebut ke syarikat X. Syarikat X lah yang akan menguruskan hal lain.
Selepas nama kita tersenarai di satu kertas lain pula, kita perlu cari orang baru untuk ‘derma’ supaya dia pula mendapat senarai nama baru yang ada namanya. Untuk menggalakkan orang ramai masuk program ini di UIA, maka tugasnya mudah sahaja - sms orang untuk datang ‘ceramah’ di masjid.

Selepas puas beberapa orang kawan saya nasihat supaya mengenal pasti betul-betul halal haram program tersebut, alasan mereka berikan senang sahaja. Kata mereka, dalam program tersebut mereka perlu mengucapkan aqad yang mengatakan duit itu hanyalah ‘derma’ ikhlas sahaja. Jadi, itu yang membuatkan program tersebut halal.

Halal ke haram?
Malah kata mereka, imam masjid pun dah turut serta dan beberapa lecturer syariah law(sebab dia budak law) pun dah menyertai dan kata hukumnya halal.
Apa yang saya lihat program tersebut tidak lebih hanya ‘money game‘ yang berlegar. Dan jelas ia tidak dibenarkan dalam Islam.
Apa pula pendapat anda?

Tiada ulasan: