Halaman

Sabtu, Januari 26, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Abg Qayyum dan Kak Wani, pasangan sejoli yang telah memutuskan untuk hidup bersama sebagai suami isteri di usia muda. 'Perjuangan' mereka untuk meyakinkan ibu bapa masing-masing bahawa perkahwinan adalah jalan terbaik bagi sebuah kisah cinta yang suci membuatkan saya rasa kagum. Apatah lagi, Abg Qayyum merupakan antara mentor saya dalam bidang motivasi dan 'training'. Tahniah Abg Qayyum dan Kak Wani. Moga bahagia hingga ke Syurga.
Sewaktu di Pusat Matrikulasi UIAM, saya amat mengagumi kepetahan Akhi Yazid mengendali sebuah forum Islam yang dianjurkan pada ketika itu. Tidak terhenti disitu, beliau merupakan Presiden Persatuan Bahasa Arab Matrik UIA yang banyak menyumbangkan tenaga ke arah memperkasakan Bahasa Arab dikalangan penuntut. Tahniah buat Akhi yazid dan pasangan. Moga ikatan yang terbina diantara kalian berdua membuka mata insan-insan yang masih khayal dilamun cinta yang tidak berkesudahan.

p/s: Simpulan kata-kata beberapa orang sahabat saya, "Jika kau dah jumpa seseorang yang telah bertakhta dihati kau, jalan terbaik adalah perkahwinan kerana ia adalah permulaan cinta yang tulus, ikhlas dan suci. Akan tetapi, jika masih belum jumpa, tak perlulah terlalu 'terdesak' mencari. Kerana ia akan datang tanpa perlu dicari. Tatkala itu, mahabbah akan berputik dihati tanda dia milikmu".

4 ulasan:

raihana berkata...

salam..

akhirnya dpt juga tgk gmbr walimah mereka yg ana kenal.. wani, qayyum, yazid, wid..
jzkk akhi...

blh la share how qayyum n wani perjuangkan perkahwinan is the best solution...

Raihan Mustafa KamaL berkata...

Ai macam kenal je gambar ni cilok dari mana...huhuhu

Abu Afham berkata...

salam.
sama2 Raihana. insyaALLAH jika ada peluang, saya akan tulis entri berkaitan 'perjuangan' qayyum n wani.

raihan, maklumat harus dikongsi bersama. rasanya tak salah mentee 'cilok' maklumat dalam blog mentornya kan?
blogmu, blogku jua... huhu

Raihan Mustafa KamaL berkata...

Aih statement "blogmu, blogku juga" tu bahaya tu...huhuhu

At least kreditlah kan. Barulah hak cipta terpelihara. Boleh saman bawah copyright act and multimedia act ni..huhuhu

Apa-apapun, nak amik sumber dari mana2 pon kene clarify sumber if it is not yours. Lagi2 kalau itu karya org. ok?