Halaman

Rabu, Februari 13, 2008

MASA ITU SUBJEKTIF


Kata guru saya, masa itu sesuatu yang subjektif. Sewaktu saya kecil, 1 jam diperuntukkan untuk belajar dianggap terlalu lama jika nak dibandingkan dengan 1 jam diperuntukkan untuk bermain bersama kawan-kawan. Di universiti, 3 jam waktu peperiksaan dianggap terlalu singkat berbanding 3 jam waktu belajar didalam kuliah yang dianggap lama 'giler'.

Mungkin ada benarnya kata-kata pensyarah saya, Prof Madya Syed Ahmad Shihabuddin Abdurrahman Al-Sagoff, masa itu ada barakahnya. Ada orang hidup berpuluh-puluh tahun tapi apabila dilihat sumbangannya kepada Islam atau masyarakat, masih terlalu sedikit. Ada orang hidup tidak terlalu lama namun jasa dan sumbangannya kepada Islam dan masyarakatnya amatlah besar ibarat dia hidup 100 tahun. (Imam Syafie, Ibnu Sina dan ramai lagi.)

Jom sertai saya mencari keberkatan masa!


p/s: Artikel ini sebenarnya adalah cetusan penghargaan saya buat Sifu PTS, Pn Ainon Muhd yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-58. Besar jasanya kepada Islam dan negara terutama dalam usaha memandaikan masyarakat. Layari Universiti PTS untuk kuliah bersama Sifu PTS.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa itu benar-benar subjektif.
Saya kongsikan fakta itu bersama dengan seorang sifu saya lagi dalam buku tentang MASA yang sedang disiapkan.