Halaman

Rabu, Februari 13, 2008

SELF SPONSORED STUDENT

Mulai hari ini, saya bukan lagi pelajar UIAM yang mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Saya kini pelajar UIAM yang membiayai sendiri kos pengajian saya. (Self sponsored student)

Saya tidak mahu lagi bercerita tentang kisah duka saya menanti pinjaman PTPTN dari semester satu hinggalah kini. Saya tidak mahu lagi 'memanjat' bangunan PTPTN di Wisma Chase Perdana, Damansara Height untuk melayani kerenah birokrasi terlampau PTPTN.

Saya terpaksa lupakan sementara hasrat untuk memiliki sebuah laptop dalam masa terdekat ini. Saya akan gunakan duit tabungan saya (untuk beli laptop) itu untuk langsaikan yuran pengajian semester 1 dan 2 saya. Tanpa PTPTN, saya masih boleh hidup dan meneruskan pengajian saya di UIAM dalam bidang Undang-undang!

Hidup Husaini! (Nak sedapkan hati)


p/s: Perjuangan yang lebih serius sudahpun bermula!

5 ulasan:

Shamsuddin Kadir berkata...

Hidup Husaini! Hidup Husaini!

Apabila seorang muslim berusaha bersungguh tanpa berputus asa, yakinlah, percayalah, akan tiba pertolongan daripada Allah.

Saudara Abu Afham, saya bangga dengan anda.

Jka saudara menghormati saya, pastikan saudara berjaya tamat belajar di peringkat universiti dengan 'membiayainya sendiri'.

Saya yakin 110% saudara akan berjaya.

khairnaj berkata...

Gambatte akhi husaini!!!!

Abu Afham berkata...

terima kasih Tuan Shamsuddin dan khairnaj. Saya begitu terharu atas sokongan dan dorongan Tuan berdua. InsyaALLAH, saya akan cuba buat yang terbaik dan membiayai sendiri pengajian saya di UIAM. Tuan adalah antara sumber inspirasi saya sekarang!

Tanpa Nama berkata...

bagus juga biaya sendiri husaini, mcm akak ni dah pinjam ptptn kena bayar balik siap dgn riba lagi..sedih bayar dah byk tp dsbbkan riba xhabis2 lagi..sekurang2ny bila husaini dah habis blajaq xdla dok pening kepala fikir pasal nak bayar hutang plak mcm akak ni

Annur87 berkata...

...kekadang kesusahan dan ujian itu lebih membuat kita untuk menghasilkan satu output yg luar biasa kerana dari situ akn terlahirnya satu ILHAM KREATIF utk mencapai visi dan misi.

u always can do what u want,but u have to know what u want...and i know u can do it!!

USAHA, DOA, TAWAKAL!!
Chiayok Hus!!