Halaman

Sabtu, Jun 14, 2008

NASYID NOSTALGIA MEMORI THE ZIKR


JUDUL : NASYID NOSTALGIA MEMORI THE ZIKR
ARTIS : NAZREY JOHANI
TERBITAN : INTEAM RECORDS SDN BHD
HARGA : CD RM 24.90. KASET RM 15.90.

Sebuah album yang cukup menarik untuk anda miliki! Secara peribadi, album yang dirakam semula dengan susunan muzik yang segar ini, menampilkan 10 track lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid The Zikr. Lagu-lagu yang mendayu dan mendamaikan ini merupakan alunan suara gemersik Nazrey Johani yang tampil solo setelah meninggalkan kumpulan Raihan. Kulit album yang begitu menarik dan susun atur lagu di dalam album yang begitu tersusun mampu membawa anda menyusuri memori gemilang The Zikr suatu masa dahulu. Antara lagu-lagu menarik pilihan saya dalam album ini adalah Air Mata Keinsafan, Perantau, Harapan PadaMu Subur Kembali, Tak Seindah Sentuhan Mata, Mengemis Kasih dan Antara Dua Cinta. Lagu-lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Secerah Pawana, Wahai Kaum Muslimin, Isteri Solehah dan Wahai Kekasih. Tidak keterlaluan bagi saya menyatakan inilah album projek terbaik keluaran Inteam Records Sdn Bhd setakat ini. Tahniah kepada Nazrey Johani dan semua yang terlibat dalam menjayakan album ini.

Saya bagi 5 bintang untuk album ini.

p/s: Saya ada menjual album-album keluaran Inteam Records Sdn Bhd. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan saya. Terima kasih.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah... benar-benar nostalgik...

Saya tertarik pada cover, Nazrey pakai serban. Rasanya ini first time artis nasyid kontemporari guna gambar berserban untuk cover album.

As berkata...

Betul2, tertarik dengan cover. Husaini, nak satu CD ni! Memang minat lagu2 the zikr dna raihan, sebab berunsur ketuhanan dan kemanusiaan :)

Husaini berkata...

album ini memang benar-benar nostalgik afyan!

as, jika berminat boleh tempah dari saya. kos pos percuma untuk as!

Tanpa Nama berkata...

Syahdu saat mendengar lagu HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI menitis air mataku

emnieysh berkata...

salam
ada lagi tak CD ni..saya cari tapi xjumpa la if ada saya nak beli from awak k..apa2 email saya emnieysh@yahoo.com

Husaini berkata...

Layari www.e-zafran.com untuk beli album ini. TQ.

Husaini Hussein