Halaman

Selasa, Jun 03, 2008

THE POWER OF IMAGINATION


Menurut kajian sekumpulan saintis barat, sistem neuron manusia gagal untuk membezakan diantara imaginasi dan realiti. Seorang lelaki berusia 50an yang aktif bekerja tiba-tiba diserang strok. Doktor yang merawat mengesahkan bahawa beliau akan lumpuh seluruh badan untuk seumur hidup. Lelaki ini tidak mempercayai kata-kata doktor tersebut. Setiap hari beliau membayangkan yang beliau kembali menjalani kehidupan normalnya seperti bekerja, berjalan-jalan dan sebagainya. Tidak sampai setahun, lelaki ini telah berjaya menjalani kehidupan normalnya dan dia kini telah sembuh dari penyakit stroknya! Doktor yang merawat beliau menyifatkan kejadian ini sebagai satu yang ajaib!

"You are what you think"



Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!

P/s: Mulai hari ini, gambarkan kejayaan-kejayaan yang ingin anda kecapi dalam hidup anda dan berusahalah untuk mencapainya! Jangan angan-angan Mat Jenin.

1 ulasan:

::simple-shida:: berkata...

Apabila anda mengubah pemikiran anda
Anda mengubah kepercayaan anda
Apabila anda mengubah kepercayaan anda
Anda mengubah jangkaan anda
Apabila anda mengubah jangkaan anda
Anda mengubah sikap anda
Apabila Anda mengubah sikap anda
Anda mengubah tabiat anda
Apabilal Anda mengubah tabiat anda
Anda mengubah prestasi anda
Apabila Anda mengubah prestasi anda
Anda mengubah KEHIDUPAN ANDA…

salam perjuangan..ya syabab !!