Halaman

Khamis, Ogos 07, 2008

'BIRTHDAY BOY'


Hari ini, 7.Ogos.2008, genaplah umur saya 21 tahun. Alhamdulillah, hari ini saya jadi 'besday boy' [ejaan besday yang sebenar- birthday]. Orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir kepada saya sudah tentu babah dan mama saya. Selepas maghrib semalam mereka dah hantar mesej selamat ulangtahun kelahiran. Terima kasih mama dan babah kerana telah membesarkan along dengan penuh kasih sayang. Tepat pukul 12 malam, bertalu-talu mesej masuk ke peti masuk telefon bimbit saya. Seronok juga jadi 'besday boy' ni. Rasa macam hari-hari nak jadi 'besday boy'. Dalam kelas tadi pun ramai yang ucapkan selamat. Terima kasih semua!

2 ulasan:

Norlela Zubir berkata...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Hari Jadi, Husaini. Semoga Allah murahkan rezeki dan rahmati hidupmu. Amin.

Dulu-dulu apabila sampai umur 21, orang sibuk pakai loket berbentuk kunci. Tujuannya mahu beritahu orang lain dirinya sudah merdeka!

Nampaknya Husaini pun sudah merdekalah ya. Apa-apa pun semuanya terpulang kepada diri sendiri. Semoga usia mematangkan kita.

Tahniah kerana Husaini seorang yang rajin berusaha meski pun masih muda. Pasti ibu-bapamu bangga mempunyai anak sepertimu, Husaini. SAya sendiri merasakan begitu.

Salam.

Husaini berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Norlela Zubir, antara mentor saya yang semakin menyerlah hari demi hari.

Sesungguhnya, segala pujian hanya kepada ALLAH SWT.

Didoakan moga Puan Norlela Zubir, Penulis Buku "BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA" dan "50 KISAH USAHAWAN WANITA MALAYSIA", akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya. Ameen.