Halaman

Khamis, Ogos 21, 2008

MPP UIAM SERAH MEMORANDUM BANTAH GANTI SONGKOK

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyerahkan memorandum kepada pengurusan universiti itu bagi membantah keputusan menggantikan penggunaan songkok dengan mortar pada majlis konvokesyen UIAM.

Yang Dipertuanya, Muhammad Adib Hatim berkata, seramai 3,158 pelajar menandatangani memorandum tersebut sebagai sokongan untuk mempertahankan penggunaan songkok semasa majlis konvokesyen UIAM.

``Songkok telah menjadi identiti kami sejak 25 tahun lalu dan sekiranya ia diganti maka tiada apa-apa keistimewaan pada majlis konvokesyen kami,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm

Tiada ulasan: