Halaman

Selasa, September 09, 2008

INDAHNYA RAMADHAN 1


Hebatnya Ramadhan…

· Orang yang jarang bangun awal pagi pun akan bangun pagi untuk bersahur. [dah bangun awal pagi, teruslah solat Subuh. Jangan sambung buat tahi mata…hehe]

· Orang yang jarang berniaga pun akan mula berniaga. Paling tidak, jual kuih raya ataupun bubur lambuk. [Orang jenis ini hanya berniaga di bulan Ramadhan sahaja. Habis sahaja ramadhan, maka habislah perniagaan dia. Tutup]

· Orang yang tak tahu waktu solat Maghrib pun secara automatik akan tahu waktu solat Maghrib. [sebab nak cepat berbuka puasa]

· Kurma yang sebelum ini kurang laku di pasaran menjadi laris apabila tiba bulan barokah ini.

· Orang berlumba-lumba mengikut sunnah. [bila berbuka, ramai yang akan menjamah kurma terlebih dahulu. Katanya ingin mengikut sunnah, Alhamdulillah]

· Orang yang jarang datang masjid pun akan mula kelihatan di masjid. [sama ada kes nak makan percuma mahupun kes nak solat terawikh sahaja. Bagi kes solat terawikh, jangan awal bulan sahaja semangat…]

· Orang yang jarang solat pun akan solat walaupun hanya solat terawikh dan bukan solat fardu! [mungkin ia satu permulaan baik ke arah melazimkan amalan solat dalam kehidupan. Namun, adalah lebih afdhal diutamakan solat fardu. Alang-alang dah ada rasa nak bersolat, takkan nak solat sunat je beb!]

· Kuih muih yang jarang orang buat pun akan mudah dilihat di bazaar Ramadhan. [buat pengunjung bazaar terliur sahaja dan rambang mata bila tengok kuih muih yang beraneka jenis]

· Kalau sebelum ini jarang dapat rasa masakan jiran, bila masuk Ramadhan, jiran kiri, kanan depan belakang bertukar-tukar juadah dengan kita. [pergh… inilah suasana yang paling seronok sekali]

· Amalan sedekah menjadi tradisi di bulan mulia ini walaupun sebelum ini rasa berat nak bersedekah.

· Jadual anak-anak yatim jadi padat dipenuhi dengan undangan Majlis Berbuka Puasa di hotel sana sini. [Alhamdulillah, syukur sangat bila lihat mereka diraikan]

· Orang yang tak pernah bayar zakat pun akan bayar zakat! [tapi zakat fitrah je la…]

· Dan banyak lagi…… anda sendiri melihat dan merasai perubahan yang berlaku di sekeliling anda bukan? Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan kita dengan bulan yang cukup barokah, penuh rahmah dan maghfirah. Allahu akram!

Tiada ulasan: