Halaman

Khamis, September 18, 2008

INDAHNYA RAMADHAN 2

Ini dia kuih yang paling popular di bazar Ramadhan. Pergilah mana-mana pun bazar ramadhan, kuih wajib ini pasti ada. Nama kuih ini pun berbeza mengikut tempat. Ada yang panggil Kuih Tako, Kuih Tepung Bungkus dan Kuih Tepung Pelita. Saya? saya panggil Kuih Tepung Pelita.

Apa pun jua nama kuih ini, yang penting kuih ini dinikmati bukan saja Umat Islam yang berpuasa, malah ia turut dinikmati oleh penganut agama lain.

Saya sempat membantu seorang lelaki berbangsa Inggeris membeli kuih muih tempatan di Ampang Park. Pada waktu itu, saya baru selesai berurusan di Tabung Haji. Saya lihat penjual terpinga-pinga apabila berhadapan dengan pelancong Inggeris itu. Saya hampiri pelancong itu dan berkomunikasi dengan dia. Rupa-rupanya, dia teringin nak rasa juadah makanan tempatan yang dijual oleh penjual itu. Maka saya 'recommend' kepada pelancong itu beberapa jenis kuih yang lazat dan sesuai dinikmati oleh pelancong tersebut. (pelancong ini tak suka makanan berempah). Dalam banyak-banyak kuih, kuih Tepung Pelita ini la yang paling digemari lelaki Inggeris tersebut. Saya tersenyum. Sebelum beredar, saya bagi kad nama saya supaya kelak jika dia menghadapi sebarang kesulitan di Malaysia, dia boleh berhubung dengan saya.