Halaman

Khamis, Januari 15, 2009

AIR OH AIR



Ketika ia ada, kita jarang menghargainya. Bila tiada, baru terasa kehilangan...

Sesekali apabila diuji dengan ketiadaan air, baru terasa betapa pentingnya air dalam hidup kita. Selama ini kewujudannya tidak dihargai malah dibaziri.
Air di paip dibiar menitis tanpa ada ihsan untuk menutupnya.
Namun, bila air sudah tiada, setitis pun amat bernilai di mata kita.

Manusia perlu sentiasa diingatkan.
Agar segala benda atau kewujudan di sekeliling dihargai dengan baiknya.
Supaya kelak, kita tidak menyesal akan perbuatan kita, tingkah kita pada alam mahupun kewujudan disekeliling kita.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil.
Adil pada semua benda.
Adil pada semua perkara.
Adil pada semua kewujudan ciptaanNYA.

Supaya manusia terus berfikir dan berfikir.


p/s: ini bukan sajak atau puisi. hanya kata-kata biasa tika dilanda musibah ketiadaan air.

Tiada ulasan: