Halaman

Jumaat, Januari 16, 2009

SEKITAR PILIHANRAYA KAMPUS 2009 : UM



Petaling Jaya 15 Jan - Rumah aktivis Pro Mahasiswa yang terletak di Petaling Jaya dikunjungi polis yang datang kira-kira 2 buah van, 2 kereta peronda dan 4 buah kereta biasa. Kira-kira 30 orang pegawai polis berpakaian seragam dan berpakaian preman hadir dalam ‘kunjungan’ tersebut.

Pada asalnya, mereka dikatakan hadir untuk menggeledah kerana mendapat laporan berlakunya pemalsuan dokumen di dalam rumah tersebut. Walaubagaimanapun, tidak ada waran geledah yang dikemukakan untuk tujuan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima, kedatangan polis pada malam ini berpunca daripada laporan polis yang dibuat oleh TNC HEPA Universiti Malaya Azarae Idris pagi tadi.

“Ketika kami sedang mengecat banner, tiba-tiba 2 van polis berhenti di hadapan rumah dan ramai yang berkumpul. Mereka kata 15 minit diberikan kepada kami sebelum geledah, tapi mereka tiada waran geledah pun”. Menurut Faisal Mustaffa yang berada di tempat kejadian.
Beliau juga melahirkan kekeliruan dan kekesalannya kerana tindakan ‘double standard’ yang ditunjukkan oleh pihak polis Malaysia.

“Laporan yang dibuat oleh orang ‘besar’ atau orang atasan terus sahaja dilakukan siasatan. Laporan oleh mahasiswi kita, saudari Ayuni semalam hanya tinggal laporan. Langsung tiada siasatan”

Sewaktu ditanya mengapa jumlah bilangan anggota polis yang ramai dikerahkan ke rumah berkenaan, seorang anggota polis wanita yang bernama Puan Suhada mengakui bahawa separuh daripada mereka tidak mengetahui tujuan sebenar mereka ke premis tersebut. Mereka hadir kerana kebetulan mereka tiada tugasan dan kes pada malam tadi.

Sewaktu 4 orang anggota polis menggeledah rumah tersebut, mereka terpingga-pinga kerana tidak tahu apakah barang yang hendak dicari.Mereka tidak menjumpai sebarang dokumen yang berkaitan dengan laporan Datuk Azarae Idris.

Tujuan asal untuk menggeledah akhirnya menjadi sesi ramah mesra antara pihak polis dengan aktivis Pro Mahasiswa.Aktivis Pro M kemudiannya meneruskan kerja-kerja mereka untuk kempen PRK-mahasiswakini