Halaman

Jumaat, Ogos 14, 2009

KEHILANGAN

Baru-baru ini, saya kehilangan cincin perak kesayangan saya. Sedih rasanya. Saya seorang yang sayangkan barang-barang. Bila hilang macam ini, ada sedikit perasaan ralat. Cincin itu bukan diberi oleh siapa-siapa. Saya sendiri yang beli kerana saya berkenan dengan cincin itu. Saya memakai cincin perak itu sekadar ingin mengikut sunnah Nabi SAW yang pernah memakai cincin perak.

Dari satu sudut, mungkin ada hikmahnya kehilangan cincin itu. Sebelum ini, timbul cakap-cakap yang mengatakan saya sudah bertunang dan cincin itu bukti saya sudah bertunang. Ada juga cakap-cakap yang sampai ke telinga saya mengatakan cincin itu adalah pemberian seseorang yang istimewa. Semua itu adalah salah belaka. Saya tidak pernah bertunang dengan siapa-siapa dan cincin itu saya yang beli sendiri, bukan diberi oleh orang lain.

Dari kehilangan ini, saya belajar erti ikhlas. Saya belajar erti redha atas segala suratan. Terima apa adanya. Sedih itu sudah pasti tetapi ia tidak mengembalikan cincin saya yang telah hilang. Apa yang wajar ialah bersabar dan ikhlas menerima ketentuan yang cincin kesayangan saya itu telah hilang.

Pelajaran sabar, pelajaran ikhlas merupakan antara hikmah disebalik kehilangan ini...

5 ulasan:

sitimasleha CJ berkata...

sabar la ye..

ade hikmah tu. mane tau lepas ni dapat cincin baru plak.

lagi besar plak tu. hehe...

cume yang penting, kalau betul ade orang yang ambik, halalkan je..

Husaini berkata...

insyaALLAH, ana redha...

halalkan jer..

NuRizZ berkata...

bila Allah telah 'hilangkan sesuatu', Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang 'lebih baik' dari yang sebelumnya.

banyak sekali pengalaman telah membuktikan!

insyaAllah, ada sesuatu yang sedang menanti di hadapan. tunggu sahaja.

im's berkata...

eh2..
hilang cincin..
hehe..
im pon xpkai cincin..
huhu..
juz kidding ya..

Husaini berkata...

nurizz,
insyaALLAH, mudah-mudahan begitu lah...

im,
imi pakai cincin perak gak..