Halaman

Rabu, November 10, 2010

IKLAN SYOK SENDIRI?


Boleh dikatakan setiap hari, akhbar Harian Metro dan Kosmo akan menyiarkan iklan dR Rozmey mengenai filem 2 Alam yang diterbitkan oleh dR Rozmey.

Bermula dengan gimik kontroversi tarikh wajib tayang hinggalah yang terkini ‘kejayaan’ melewatkan selama seminggu penayangan filem Harry Potter*, dR Rozmey tanpa jemu menjadi pelanggan iklan yang setia kepada 2 akhbar tabloid ini.

Membaca baris-baris ayat yang dimuatkan didalam iklan tersebut kadang kala membuatkan saya tergelak dan adakalanya muak! Masakan tidak, sikap optimis yang melampau-lampau dR Rozmey telah membuatkan ramai orang mengatakan ia adalah iklan syok sendiri!

Persoalan yang timbul, setelah membaca iklan tersebut, berapa ramai dikalangan pembaca yang berasa teruja untuk menonton filem 2 Alam? Berapa ramaikah pula yang akan menjadi penonton filem tersebut? Jawapannya ada pada anda.

Tidak salah bersikap positif dan optimis dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Malah,ia sangat digalakkan. Tetapi jika ia berlebih-lebihan dan tidak disalurkan di saluran yang betul, ia akan memakan diri sendiri.

Sikap positif dan optimis perlu sejajar dengan apa yang kita lakukan. Kita perlu sedar tahap kemampuan kita, kaji pasaran yang sedang kita ceburi dan lihat juga cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi supaya kita dapat salurkan sikap positif dan optimis kita dengan baik. Mana mungkin hanya berbekalkan kudrat kereta Proton Saga edisi 1985 untuk memecut laju meninggalkan Ferrari? Sekurang-kurangnya, kita perlu menggunakan keretaProton Inspira dengan kapasiti enjin berkuasa tinggi!

Apa pun, saya tidak sekali-kali menidakkan kejayaan filem ini. Kita tidak tahu keberhasilan sesuatu filem sehinggalah ia ditayangkan kelak. Mana tahu, berlaku keajaiban filem 2 Alam karya dR Rozmey ini bakal pecah panggung dan mencatatkan kutipan box-office sebanyak RM20 juta!

*Saya kurang pasti mengenai kesahihan filem Harry Potter terpaksa ditayang lewat seminggu di Malaysia.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kontroversi adalah cara terbaik utk iklankan produk..
contoh terbaik, Faizal Tahir buka baju masa buat show.
sekarang ni,siapa xkenal dia?

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid berkata...

Keterujaan harry potter masih ditannga teratas.. haha

Husaini Hussein berkata...

Itis indeed!