Halaman

Sabtu, Oktober 01, 2011

Penat Mengalah


Saya ini bukan jenis yang suka bertengkar, bergaduh, berkonflik, berkrisis dan banyak lagi ber ber yang lain. Tetapi kadang-kadang, orang suka cari pasal dan ambil kesempatan terhadap saya.

Sebelum ini...
Bila dia bising-bising, saya diamkan sahaja.
Bila dia melampiaskan marahnya kepada saya, saya buat-buat tidak layan kerana bagi saya, jika saya layan kemarahannya bererti saya juga turut bodoh melayan nafsu amarah kehendak syaitan.
Bila dia beri pendapat, saya pinjamkan telinga saya mendengar setiap pendapat, luahan dia.

Tetapi, ia bukan bermakna saya lemah, saya bodoh, saya pak turut atau dungu, menjadi tempat dilemparkan segala sifat amarah. Ia hanyalah semata-mata kerana saya lebih suka MENGALAH daripada terjerat memasuki perangkap syaitan yang tidak pernah berhenti menggoda, menjentik nafsu amarah kita.

Cuma, berpada-padalah. Sampai satu saat, memang saya perlu bertegas dan akan mempertahankan apa yang perlu saya pertahankan. Dan harinya sampai juga! Maaf sahabat, saya sudah penat mengalah! Saya bukan tempat awak melampiaskan nafsu amarah secara membuta tuli.

Ketahuilah,
  • Sifat 'sentiasa rasa diri betul' menyebabkan anda sentiasa salah! 
  • Sifat panas baran tidak pernah 'menjemput' persahabatan. Ia hanya menjemput pertengkaran dan permusuhan.
  • Bukan kita sahaja yang ada sifat marah, tetapi orang lain juga ada sifat tersebut. Tetapi, ia bergantung kepada kebijaksanaan seseorang untuk mengawal perasaannya. 
  • Ada orang memilih untuk marah untuk menunjukkan kehebatannya, kekuatannya, kegarangan dan imej bengis sedangkan sifat itu sedikit pun tidak mencerminkan kehebatan, kekuatan, kegarangan apatah lagi imej bengis. Malah, ia menjadikan kita kelihatan lemah kerana tidak mampu mengawal perasaan dengan baik dan tidak mampu menangkis hasutan syaitan. 
  • Sejarah juga membuktikan, orang yang suka 'marah-marah', akhirnya akan cepat berasa menyesal dengan sifat dangkalnya itu dan dia akan segera meminta maaf kepada orang yang dia marah tidak tentu pasal itu. (Tetapi kalau yang jenis ego, dia hanya menyesal di dalam hati, tidak berani mengakui kesilapan diri) 

Tiada ulasan: