Halaman

Ahad, Oktober 02, 2011

Menjengah Taman Botani

Ahad lepas, saya, Haziq dan Azida pergi ke Taman Botani Negara Shah Alam. Saya buat 'open invitation' di Facebook, kot-kot ada yang mahu sertai saya. Mulanya plan mahu berbasikal di Taman Botani Shah Alam. Tetapi sebab saya datang lewat (spocket motor ada masalah! huhu), maka kena beratur panjang untuk sewa basikal. Disebabkan malas mahu menunggu, akhirnya kami memilih untuk berjalan menikmati panorama indah alam semulajadi di Taman Botani Shah Alam.

Saya sukakan kedamaiannya. Mendengar bunyi-bunyi haiwan yang tidak pernah sunyi bersuara sambil melihat sinergi alam oleh tumbuh-tumbuhan yang menghijau, nyata meredakan sedikit tekanan yang melanda selama seminggu. =)

Sungguh ciptaan ALLAH itu cukup luarbiasa hebatnya. Terasa kerdil diri ini tatkala melihat kehebatan alam ciptaan ALLAH. Alam juga seakan bertasbih, meratib Asma' Yang Esa, Tuhan Yang Menciptakan kita semua. Syukur...

Alhamdulillah, walaupun tidak dapat berbasikal, berjalan kaki pun satu exercise juga buat badan. Yang penting, apa jua aktiviti yang kita lakukan mestilah ia memberi manfaat kepada diri kita terutama dari aspek kesihatan. Kesihatan perlu dijaga sedari awal. Bukankah pencegahan itu lebih baik dari merawat. (Berfalsafah pula!)

InshaALLAH, selepas ini, harap-harap lebih ramai lagi rakan-rakan yang dapat sertai kami bertiga ke Taman Botani Shah Alam. Mungkin 2 minggu sekali ke atau sebulan sekali ke. =)

Tiada ulasan: