Halaman

Rabu, Oktober 12, 2011

Movie Day Out With Budiey - Final Destination 5

Baru-baru ini, Blogger Hiburan kegemaran saya, Budiey - www.budiey.com, menganjurkan Sesi Eksklusif Bersama Pembaca yang diberi nama Movie Day Out. Alhamdulillah, saya terpilih untuk menyertai Movie Day Out kali ini. Untuk sesi kali ini, filem yang kami tonton ialah Final Destination 5!

Masa filem ini baru keluar, saya memang berhajat untuk menonton filem ini tetapi tidak kesampaian kerana kekangan tertentu. Apabila saya dapat tahu yang Budiey akan adakan Movie Day Out untuk Final Destination 5, terus saya hubungi Budiey! Alhamdulillah, memang rezeki saya, Budiey beri saya satu tiket! (Sebenarnya dapat 2,  tetapi Encik Paling Busy tidak dapat datang. Maka saya pulangkan satu! Padan muka kau! haha).

Menariknya, Budiey bukan sahaja beri tiket percuma kepada saya dan pembaca-pembaca bertuah yang lain, tetapi kami juga turut diberikan goodies bag yang sedikit blink-blink berwarna pink! (Masa balik, semua orang tengok beg pink yang blink-blink itu. Tetapi saya berlagak macho sedikit sambil buat gaya kononnya, so gentleman tolong angkat beg perempuan!) Dalam goodies bag ini ada sample produk Beautee yang sangat berkualiti! Saya hanya ambil buku nota sahaja. Produk barangan Beautee dalam beg blink-blink tersebut saya beri kepada adik perempuan saya- Hamiezah.

Secara keseluruhan, filem Final Destination 5 ini memang seronok. (dan ngeri dow). Syarikat tempat si hero bekerja mengadakan lawatan ke satu tempat dengan menaiki bas. Di dalam perjalanan, si hero mula merasai sesuatu yang tidak kena bakal berlaku. Ketika sampai di jambatan, bas yang mereka naiki terpaksa berhenti untuk memberi laluan kerja-kerja baikpulih jambatan sedang dilakukan. Seperti sebelumnya, hero akan mempunyai ilusi seolah-olah beliau dapat melihat apa yang akan berlaku. Si Hero yang kacak itu dapat membayangkan yang jambatan tersebut akan runtuh dan semua akan mati kecuali kekasihnya yang cun melecun itu. (Heroin Final Destination 4 lagi comel ok!)

Apabila tersentak daripada ilusinya, Si Hero pun menjadi gelabah apabila setiap apa yang berlaku dalam ilusinya berlaku di depan mata secara realiti satu demi satu. Si hero pun cepat-cepat menarik tangan kekasihnya dan menyuruh semua penumpang bas turun daripada bas. Tidak lama selepas itu, jambatan benar-benar runtuh dan hero, heroin serta 5 orang yang lain selamat. Tetapi, ia bukan tanda mereka akan selamat daripada ajal! Kematian sentiasa mengejar mereka apabila mereka cuba untuk mengubah takdir kematian mereka. Nak tahu lebih lanjut? Tontonlah filem ini di mana-mana pawagam berhampiran. kalau sudah habis, belilah DVD atau Blue Ray yang Original. =)

Akhir sekali, terima kasih kepada Abg Budiey yang sudi belanja saya, pembaca tegar Budiey.Com menonton filem Final Destination 5. Terima kasih daun keladi, kalau ada, ajaklah lagi! =D

p/s: Ini merupakan kali ketiga saya terpilih untuk Movie Day Out anjuran Budiey. Kali pertama saya menonton filem 145 Hours. Kali kedua saya terpilih untuk menonton filem Rio. =)

Tiada ulasan: