Halaman

Ahad, Ogos 26, 2007

[IKLAN] SERUNDING ENAK DARI KELANTAN

(Gambar diatas adalah sekadar hiasan)


Bermula 1 September 2007, saya akan mula memasarkan satu lagi produk orang Islam yang bermutu tinggi, Serunding Daging. Serunding ini didatangkan khas dari Kelantan!!! Buatan Orang Islam dan dijamin Halal. Serunding ini lazat dimakan bersama nasi putih yang sedang panas. Juga enak dimakan bersama roti. Bagi pelajar IPT, inilah peluang keemasan untuk anda berjimat! Anda hanya perlu beli sebungkus nasi putih kosong dengan sayur atau ulam berharga dalam RM1.50 dan nikmati serunding daging ini sebagai menu harian anda. Anda boleh berjimat beringgit-ringgit tanpa perlu berlapar mahupun makan mee segera. Makan sepinggan nasi dengan sayur dan serunding daging ini lebih berkhasiat daripada makan makanan segera kegemaran anda. Ia juga sebagai satu alternatif untuk anda menikmati makanan halal tanpa perlu risau kepada keracunan makanan. Apa tunggu lagi, hubungi saya untuk tempahan Serunding Daging anda sekarang!



Abu Afham

Hp: 019-2007818

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Huhu. Jimat ek Husaini. Harga serunding tu berapa pulak?

Biasa aku makan serunding ni macam makan nasi je. Serunding berlaukkan nasi. Haha.

Husaini berkata...

harga serunding tu masih diperingkat perbincangan memandangkan saya mahu bagi harga paling berpatutan untuk pelanggan saya nanti.

makan serunding macam makan nasi? siap jadikan nasi itu lauk pulak? saudara hebat. memang suka sungguh...

gencnur berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.