Halaman

Jumaat, Ogos 31, 2007

MERDEKA! BENGANG BETUL.



Semalam setelah selesai menelaah pelajaran, saya pergi ke restoran berdekatan untuk menyaksikan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-50. Tempat pertama saya tuju adalah restoran melayu. Saya pun memesan Nasi Kukus Ayam Goreng Panas dan segelas air sirap limau. Saya perhatikan sejak mula saya datang hinggalah saat saya menikmati juadah makan malam saya, televisyen hanya bersiaran cerita di Astro, Kungfu Hustle! Dalam hati berbisik, mungkin mereka akan tukar siaran beberapa minit sebelum tiba detik 12 tengah malam. Selesai saya menikmati juadah makan malam yang lazat itu, saya lihat ke arah jam besar di dinding restoran itu. Jam menunjukkan pukul 11.57malam tetapi pelayan restoran mahupun pemilik restoran itu masih tidak berganjak dengan cerita Kungfu Hustle nya. Akhirnya, saya hanya mendengar letupan bunga api yang mewarnai dada-dada langit. Punyalah bengang saya malam itu. Nak tengok kat rumah, televisyen tidak ada. Nasib baik lah rumah saya tidak jauh dengan KLCC. dpat juga lihat percikan bunga api. Kemudian, setelah saya buat pembayaran, saya terus angkat kaki pergi ke restoran mamak berdekatan itu. Biarlah pekerja restoran melayu itu menyambut merdeka dengan cerita Kungfu Hustle mereka dan cerita Ripleys, Believe It Or Not.
Di restoran mamak, hati saya terubat apabila melihat siaran langsung sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka. Nampaknya masih ada orang melayu yang seakan-akan lupa tarikh keramat 31 Ogos yang menyaksikan negara kita yang tercinta ini mengecapi nikmat kemerdekaan. Saya berdoa moga golongan ini akan sedar dan lebih menghargai nikmat yang tidak ternilai ini.
P/s: Sekadar berkongsi rasa, saya kurang setuju dengan cara kerajaan Barisan Nasional yang terlalu menonjolkan pemimpin Barisan Nasional seolah-olah mereka sahaja yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Mana perginya nama Pak Sako, Burhanudin Helmy, Abu Bakar Al-Baqir? Perjuangan mereka tidak sepatutnya kita lenyapkan dari sejarah kemerdekaan kita. Saya kuatir, dengan tindakan Barisan Nasional ini mampu membuat generasi baru kita kabur dengan perjalanan mencapai kemerdekaan. Biarlah kita ketepikan soal politik buat sementara waktu dalam hal-hal sebegini agar keharmonian akan lebih terserlah. Saya menanti saat-saat sambutan kemerdekaan dimana di atas pentas utama, berdirinya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Mungkinkah 50 tahun akan datang? Biar Tuhan tentukan. Kita usaha ke arah itu! (Saya adalah pelajar dan tidak cenderung ke arah politik lagi buat masa ini. Bukan penyokong atau pembangkang mana-mana parti politik. Saya hanya akan bercakap atas tiket rakyat atau pelajar yang bebas! Mana yang betul akan saya sokong baik dari BA mahupun BN. Mana yang salah, akan saya utarakan juga.)

7 ulasan:

Azree MH berkata...

Huhu. Bagi aku la kan. Aku memang sokong restoran tu. Bukannya ko dapat tengok apa2 pun kalau dia bukak siaran lain.

Yang dapat tengok hanyalah budak2 belajar mengira 3, 2, 1 sambil suara terkekek-kekek. Adeh, merdeka ke camtu?

Raihan Mustafa KamaL berkata...

Betul kata Azree. Kalau dilaungkan takbir Allahu Akbar lagi best bah!! Barulah rasa 'Hubbun Wattan' itu ada.

Apapapun, we should appreciate what we have.Terima Kasih Malaysia.

Husaini berkata...

bagi saya, sambutan itu lebih bermakna. tidak kisah la bagaimana caranya orang sambut kemerdekaan itu. yang penting kita sambut dan hargai. itu lagi bagus dari kita buat tak tahu sahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku pada malam 30 Ogos. Ini hanya pendapat saya. Apa pun, saya hargai pendapat azree mh dan raihan mustafa kamal.

Tanpa Nama berkata...

Hehe. Kalau nak diingatkan saat tunku abdul rahman tu jerit, "merdeka, merdeka!", waktu tu bukan malam. Tapi siang.

Sebabnya nak elakkan maksiat. yang zaman sekarang ni plak terhegeh2 nak sambut waktu malam, pastu esok tu ada perbarisan ke apa, kosong je.

Tanpa Nama berkata...

Bengang dgn Paklah...apa la nk jd dgn dia...ada ke patut KJ jd tukang bwk bendera...

Raihan Mustafa KamaL berkata...

Macamana nak jadikan merdeka itu bermakna,
kalau apa yang kita buat takde makna..?

(Bak kata Ustaz Deen, laisa lahu makna...)

Husaini berkata...

ketahuilah merdeka itu begitu subjektif. takrifannya berbeda buat setiap makhluk. susuri sejarah kemerdekaan dari mereka yang mengalami zaman itu nescaya kamu akan tahu betapa bermaknanya merdeka buat mereka.