Halaman

Isnin, Februari 04, 2008

BENGKEL UNTUK TRAINER oleh OSMAN AFFAN

Semalam, saya berpeluang menyertai Bengkel Untuk Trainer yang dianjurkan oleh Saudara Osman Affan. Saya agak teruja untuk hadir ke bengkel tersebut kerana ia disampaikan oleh Saudara Osman Affan yang merupakan antara 'mentor tidak rasmi' saya dalam bidang motivasi dan training. Bengkel juga dihadiri oleh ramai penulis-penulis buku PTS yang berkaliber seperti Zamri Mohamad, Shamsuddin Kadir, Amin Idris (ini seorang lagi 'mentor tidak rasmi' saya!) dan lain-lain yang tidak dapat saya nyatakan disini. Daripada bengkel tersebut, dapat saya simpulkan 3 topik utama yang disentuh oleh Saudara Osman Affan.
  1. The Presentation. Bagaimana untuk menghasilkan 'presentation' yang terbaik dan menarik dari segi isi, susun atur isi dan seni penyampaian menurut Saudara Osman Affan.
  2. The Presenter. Teori dan praktikal menarik untuk menjadi 'trainer' yang terbaik. Kami diajar cara untuk mengawal rasa takut dan gementar apabila berhadapan dengan audiens yang ramai, teknik lontaran suara (macam penyanyi pula rasanya! hehe) dan bahasa badan (Body language) yang sesuai untuk seorang trainer.
  3. Power Point. Cara-cara untuk menghasilkan powerpoint yang menarik dan berkesan.

Alhamdulillah, saya perolehi banyak ilmu baru dari bengkel yang dianjurkan Saudara Osman Affan. Peserta yang hadir juga banyak berkongsi pengalaman yang mereka ada serta idea-idea baru yang menarik untuk manfaat bersama. Dari sini, semangat saya semakin kuat. Jiwa saya semakin kental untuk menghadapi pelbagai dugaan atau cabaran yang bakal saya harungi kelak. Yang paling penting, saya semakin berkeyakinan! Terima kasih Saudara Osman Affan atas segala tunjuk ajar. Terima kasih buat peserta-peserta bengkel yang sudi berkongsi pengalaman dan pendapat. Kredit untuk kalian!

4 ulasan:

zaiful berkata...

salam hormat, salam juara,
doa agar berjaya dan murah rezeki saudara...

Shamsuddin Kadir berkata...

Salam Tuan Afham,

Gembira dapat berkenalan dengan Tuan di Bengkel tersebut. Semoga segala yang dirancangkan menjadi kenyataan.

www.shamsuddinkadir.com

nur_ilahi berkata...

alhamdulillah, moga dapat panjangkan ilmu :)

Muhd Suhaily berkata...

Salam,

Teknik dari saudara Osman Affan memang terbaik..saya banyak belajar dan membaca dari beliau.