Halaman

Khamis, Mac 20, 2008

IKLAN 'PILIHANRAYA BUKU' DI PBAKL 2008



Sekadar membantu 'meraih undi' untuk 'calon-calon pilihanraya buku' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Bersama-sama wakil calon pilihan buku sepanjang kempen.

Program: Bersama Penulis; Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamad
Tarikh: 12 April 2008 (Sabtu)
Masa: 3-4 petang

Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Diskripsi: Penulis akan membincangkan buku baru beliau Rahsia Bisnes Mamak bersama pengunjung yang hadir. Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Program: Bersama Penulis; Jeniri Amir
Tarikh: 5 April 2008 (Sabtu)
Masa: 2- 3 petang
Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Diskripsi: Penulis buku Buat Duit dengan Menulis, Teknik Menulis Ucapan, 7000 Mutiara Kata, Teknik Wawancara dan Belajar Menjadi Wartawan akan berkongsi idea, dan pengalaman kerjaya beliau bersama pengunjung. Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Program: Bersama Penulis; Shamsuddin Abdul Kadir
Tarikh: 6 April 2008 (Ahad)
Masa: 2 – 3 petang

Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Diskripsi: Penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya dan Kaya dengan Rumah akan membincangkan topik wang dan anda bersama pengunjung. Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Program: Bersama Penulis; Sunthara Segar
Tarikh: 6 April 2008 (Ahad)
Masa: 3 – 4 petang

Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Diskripsi: Penulis buku Rahsia Melabur dalam Unit Amanah dan Rahsia Mengurus Insurans Hayat menerangkan konsep unit amanah, insurans dan jenis pelaburan yang selamat dan menguntungkan. Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut.

Semua dijemput hadir.

PESANAN BERSAMA


Jangan meniru dalam peperiksaan ya! Selamat menghadapi peperiksaan pada kali ini.
All the best!
Chayok, Chayok!

MUSIM PEPERIKSAAN BERMULA



Musim peperiksaan bermula! Dengan ini, saya akan mengambil cuti dari menulis artikel di blog ini berkuatkuasa pada hari ini hingga 6hb April 2008. Jika ada kesempatan, saya akan membalas respon-respon anda di ruangan Sembang Santai.

Sepanjang saya bercuti ini, lawati blog-blog Selebriti yang saya sediakan di sebelah. Banyak info dan ilmu yang boleh dipelajari disana. Juga tidak ketinggalan, blog-blog di ruangan Jalinkan Eratkan yang pasti menampakkan variasi pemikiran penulis masa kini.

Pada 6hb April 2008, jangan lupa kembali ke blog ini ya... =)

Selasa, Mac 18, 2008

KAWAN MOTIVASI TERBAIK!



Untuk mendapatkan kualiti kerja atau belajar yang baik, anda mestilah memotivasikan diri anda sebaik mungkin. Sebaik-baiknya, motivasi itu mestilah berkekalan. Anda boleh memotivasikan diri anda sendiri tanpa perlu kerap ke program motivasi.

Selalunya, program motivasi yang dianjurkan memberi anda teori yang terbaik untuk anda berjaya melakukan sesuatu. Ia juga memberi anda medium untuk merasai sendiri kesan positif dari transformasi yang bakal anda lakukan setelah mendengar ceramah motivasi yang disampaikan. Teori yang diberi tidak akan bermanfaat jika anda tidak praktikkan sebaik mungkin. Pengamalan yang berterusan juga mampu menjana kekuatan spiritual anda supaya terus dalam keadaan bermotivasi.

Memotivasikan diri sendiri boleh dilakukan dengan mudah apabila anda menggunakan segala apa yang ada disekeliling anda sebagai satu bentuk motivasi untuk anda. Lihat segala yang ada disisi anda dengan pandangan positif. Sebagai contoh, kita ambil rakan yang ada disekeliling anda sebagai satu motivasi terbaik. Apabila melihat kejayaan seorang rakan anda dalam peperiksaan, jadikan dirinya sebagai sumber inspirasi untuk berjaya agar anda menjadi hebat atau lebih hebat dari dia. Lihat segala perbuatan atau amalan baik yang dilakukan untuk berjaya dan cuba amalkan. Tak dapat amalkan semua, amalkan yang termampu pun sudah memadai.

Jika anda melihat kawan anda yang berjaya dengan pandangan negatif, anda tidak akan memperolehi faedah daripadanya malah ianya membuatkan anda rasa iri hati, cemburu dan hasad dengki. Ianya boleh diumpamakan sebagai anda mahu meracuni dia dengan anda yang meminum racun tersebut. Dia tidak terkesan apa-apa namun anda yang menerima padahnya.

Mulai sekarang, cuba lihat insan-insan disekeliling anda. Kenal pasti mereka yang cemerlang dalam bidang yang anda ceburi dan contohilah mereka. Inilah masanya untuk bertindak kerana teori telah tersedia untuk anda!

p/s: saya menjadikan insan-insan yang berjaya sebagai mentor saya. Antara mentor-mentor terbaik saya adalah, SifuPTS, Tuan Shamsuddin Kadir, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Amin Idris (pengantin baru ni), Tuan Osman Affan, Irfan Khairi, Inteam dan ramai lagi. Mentor saya memang ramai kerana saya berhasrat menggabungkan kehebatan mereka menjadi satu = Husaini Hussein! hehe

Sabtu, Mac 15, 2008

MARI BERDOA


Sebagai manusia biasa, anda pasti mempunyai seribu satu keinginan yang masih anda usahakan untuk mendapatkannya bukan? Namun, cukupkah dengan berusaha semata-mata?

Seorang muslim digalakkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Usaha yang jitu perlu disertakan dengan doa supaya permintaan kita dimakbulkan Allah SWT. Hilangkan mentaliti “Apabila berdoa, anda hanya perlu memohon kebaikan di akhirat sahaja” kerana mentaliti ini hanya mengasingkan kehidupan dunia anda dengan Islam sedangkan Islam meliputi seluruh aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Tak ada salahnya anda berdoa memohon agar Allah memudahkan urusan anda membeli kereta Toyota Vios. Dapat atau tidak, hanya Allah yang berhak menentukan. Sebagai hamba, kita mestilah sabar dan teruskan berdoa tanpa putus asa. Percayalah, Allah tahu yang terbaik buat kita!

Jangan berhenti berdoa. Berdoalah untuk setiap keperluan dan keinginan kita. Kan doa itu senjata orang muslim. Jadi, gunakan senjata anda itu sebaik mungkin!

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akanku perkenankan” Al-Quran, Surah Al-Ghafir, ayat 60.

MOTIVATE YOURSELF

PENGENALAN

Ujian adalah lumrah bagi setiap manusia. Tanpa ujian dari Allah, pasti kita tidak akan belajar erti hidup yang sebenar. Saya sendiri tidak pernah terlepas dari pelbagai ujian berat yang menimpa diri. Dugaan demi dugaan yang ditempuh, pada mulanya saya anggap sebagai satu penghalang buat saya untuk terus berjaya. Namun, Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya. Ujian yang diberi, sebenarnya bertujuan mematangkan diri kita. Ia membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. Kadang-kadang motivasi diri menjadi kurang apabila ujian melanda. Maka, tidak hairanlah mengapa masalah yang kecil boleh menjadi besar kepada seseorang individu. Justeru, dalam ruangan ini, saya akan kongsikan dengan anda cara yang saya amalkan selama ini untuk memotivasikan diri saya setiap hari. Ya, saya memotivasikan diri saya setiap hari supaya kualiti kerja dan belajar saya menjadi semakin baik dari sebelumnya. Saya harap, dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Bak kata *Prof Izzi Haji Ali, “Renung-renungkan dan Selamat Beramal!

*Profesor Madya Haji Md Izzudin Haji Ali.

Jumaat, Mac 14, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Ustaz Nabil Far East bersama pasangan hati, Ustazah Suzana yang telah dinikahkan pada 13 Mac 2008. Moga pasangan bahagia ini dilimpahi barakah dan kasih sayang dari ALLAH SWT.
Ini adalah gambar Mentor saya, Amin Idris yang melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hati, Azlina Binti Rahmat pada 9 Mac 2008. Majlis pernikahan yang diadakan di Hulu Langat, Selangor ini telah menjadi bukti terpaterinya sebuah ikatan kasih sayang antara mereka berdoa. Sebagai mentee tidak rasmi, saya mendoakan kebahagiaan mentor saya ini kekal hingga ke syurga. Ameen.

p/s: Saya menerima jemputan ke walimah (Majlis Perkahwinan) Ust Nabil Far East yang diadakan di Perlis dan Tuan Amin Idris yang diadakan di Hulu Langat, Selangor. Namun, atas sebab-sebab yang tidak mengizinkan, saya tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut. Pun begitu, saya mendoakan agar kedua mempelai ini bahagia dan senantiasa berada dalam lindungan Maha Pencipta.

HATI MANA YANG TIDAK TERSENTUH

Lautan manusia berkumpul untuk menghadiri Munajat Perdana di Kelantan pada malam sebelum mengundi.
Bermunajat memohon bantuan ALLAH SWT.
Titisan air mata seorang ulama. Hati mana yang tidak tersentuh!


p/s: Penulis merupakan seorang mahasiswa yang TIDAK TERIKAT dengan mana-mana parti politik di Malaysia.

Jumaat, Mac 07, 2008

MOHON RESPON ANDA!!!



Bayangkan anda adalah seorang peguam. Pada suatu hari, datang seorang lelaki muda berusia lingkungan 20-24 tahun memohon anda menjadi peguam belanya. Dia telah dituduh atas kesalahan merogol seorang perempuan dibawah umur (pelajar sekolah menengah).


Adakah anda akan mewakilinya sebagai peguam bela?