Halaman

Khamis, Februari 17, 2011

Tubuhkan Media Rasmi UIAM


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

  1. Saya rasa, sudah sampai masanya mahasiswa UIAM berfikir untuk mempunyai medium media sendiri yang memberi fokus kepada liputan berita dalam universiti yang tercinta ini.
  2. Media rasmi mahasiswa UIAM ini boleh berperanan menyebarkan berita mengenai sebarang acara rasmi yang berlangsung di UIAM, program-program anjuran persatuan-persatuan di dalam UIAM, liputan khas pilihanraya kampus mahupun pilihan raya kuliyyah based society dan sebagainya. Media ini juga boleh berperanan memberi ruang kepada SRC mahupun KBS/MRC/persatuan-persatuan di dalam UIAM untuk memberi penjelasan mengenai sebarang isu yang menuntut mereka untuk bersuara dan banyak lagi.
  3. Ia juga adalah kesinambungan idea yang pernah dizahirkan oleh Tuan Zamri Mohammad kepada saya dan rakan-rakan.
  4. Untuk permulaan, saya cadangkan ada dua jalur media penting yang boleh diusahakan. Pertama, laman web rasmi yang bakal menempatkan berita bertulis. Kedua, Channel di Youtube untuk menempatkan berita bervideo. Media ini mungkin boleh ditubuhkan dan diletakkan dibawah bidang kuasa sekretariat informasi SRC.
  5. Buat masa ini, saya melihat kewujudan FB Buletin UIAM sangat relevan dan ia wajar diperluaskan menjadi media rasmi mahasiswa UIAM. Jika anda bergerak seorang diri, maka carilah kawan-kawan, tubuhkan satu team untuk gerakkan media ini secara lebih agresif. Fikirkan jalan terbaik sama ada mahu bergerak secara independent sebagai media rasmi mahasiswa UIAM ataupun mahu bernaung dibawah SRC/ kelab yang relevan di Kuliyyah HS.
  6. Saya berharap semoga penubuhan media rasmi mahasiswa UIAM ini menjadi realiti dan menjadi wahana terbaik buat mahasiswa UIAM untuk cakna mengenai isu-isu di dalam kampus. Mahasiswa Pedulisme! -Seperti yang pernah dilaungkan oleh mantan Presiden SRC 09/10, Muhammad Firwan Norliza.

1 ulasan:

Unknown berkata...

USM dah buat nie..
ada byk kebaikan..