Halaman

Jumaat, Ogos 29, 2008

RAMADHAN KAREEM


Saya, Mohamad Husaini Bin Hussein a.k.a. Abu Afham @ Husaini Hussein ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429H kepada semua pengunjung yang beragama Islam di blog saya ini. Jadikan bulan barakah ini sebagai medan untuk kita perbanyakkan amalan kita, mengurangkan dosa, menambah baik iman dan diri kita. Moga setiap Muslim bergembira di bulan maghrifah ini. Strive for mardhatillah!

Ramadhan kareem.

Khamis, Ogos 21, 2008

HARI AL-QUDS SEDUNIA



21 Ogos akan terus diingati sebagai tarikh keramat, melakar sejarah hitam dalam ceritera kehidupan penganut Islam. Bukan, peristiwa gila itu telah merobek diari kemanusiaan sejagat.

Semuanya angkara bangsa bangsat yang telah dikhabarkan akan kezalimannya oleh Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam lebih seribu tahun yang sudah. Nah, wahyu Ilahi sudah membuktikan. Kini, hanya liur yang ditelan sambil menyaksi kerakusan tanpa henti. Daging-daging bernyawa terus dicaing sesuka hati oleh puak Yahudi durjana. Berapa ramai dari kalangan kita yang benar-benar tahu; apa yang telah berlaku 39 tahun sudah pada detik itu? Atau memori gelap itu makin malap lantaran kealpaan umat?

21 Ogos 1969; Dennis Micheal Rohan akan terus dikenang sebagai wira di kalangan bangsa Yahudi. Di sisi kita, pemuda Australia itu tidak ubah seperti haiwan yang tidak berakal. Masakan, kerana tindakan kebinatangannya yang tidak mampu dihadam rasional, langsung tidak boleh diterima!Melampau sungguh apabila kiblat pertama umat Islam dibakar. Masjid Al-Aqsa telah dibakar oleh Micheal, menyebabkan api bernyala besar lalu memusnahkan mimbar dan tembok masjid. Api begitu marak, memusnahkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa. Lebih buruk apabila bomba langsung tidak membantu memadamkan api.

Namun rencana Allah Azzawajalla menewaskan segenap rancangan manusia. Api yang menjulang terpadam juga akhirnya. Maha Kuasa Allah Ta'ala, rumah ibadah itu akan tetap terpelihara.Keboborokan undang-undang yang dicatur makhluk jelas terbukti. Pengadilan terhadap penjenayah besar ini tidak dilaksanakan dengan betul. Berperisaikan dalihan am sebagai 'gila', Micheal terlepas dari tuduhan jenayah itu. Dia tidak lagi dipertanggungjawabkan atas tindakan bodohnya. Michael kononnya mendakwa bahawa dia telah diutuskan oleh Allah Ta'ala untuk membakar Masjid Al-Aqsa, berdasarkan berita yang dikhabarkan dari Kitab Zakaria. Lalu Micheal yang bangsat terlepas dari dihukum dengan adil.

21 Ogos akan terus dikenang sebagai Hari Al-Quds Sedunia. Sebagai titik muhasabah, betapa tanah suci Palestin dan Masjid Al-Quds makin jauh dari kita. Hampir saja pemiliknya bertukar tangan kepada musuh azali umat Islam, lantaran episod kezaliman yang berlangsung saat demi saat.Mungkin juga kerana umat Islam sendiri yang tidak menginginkan Masjid Al-Aqsa dan Palestin, yang begitu dibangga-banggakan oleh Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam berserta para sahabat sebagai bumi kudus umat Islam universal. Bukan hanya milik rakyat Palestin, tetapi semua penganut satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah Ta'ala.Mungkin kerana nilai berharganya tidak lagi kelihatan pada mata kita? Adakah benar? Jawablah. Jawab dengan mata hati sendiri. Artikel dipetik dari - http://www.dhanysarip.blogspot.com/

MPP UIAM SERAH MEMORANDUM BANTAH GANTI SONGKOK

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyerahkan memorandum kepada pengurusan universiti itu bagi membantah keputusan menggantikan penggunaan songkok dengan mortar pada majlis konvokesyen UIAM.

Yang Dipertuanya, Muhammad Adib Hatim berkata, seramai 3,158 pelajar menandatangani memorandum tersebut sebagai sokongan untuk mempertahankan penggunaan songkok semasa majlis konvokesyen UIAM.

``Songkok telah menjadi identiti kami sejak 25 tahun lalu dan sekiranya ia diganti maka tiada apa-apa keistimewaan pada majlis konvokesyen kami,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm

Ahad, Ogos 10, 2008

SECANGKIR KASIH


Masih dalam 'mood' 'Besday Boy' la... Seorang demi seorang bagi kek dan hadiah. Tahun ini macam agak meriah juga walaupun tanpa sebarang sambutan. Terima kasih sekali lagi kepada semua insan-insan yang sudi memberi ucapan selamat hari lahir kepada saya, kek-kek yang sedap dan hadiah-hadiah yang menarik. Hanya ALLAH sahaja yang mampu balas jasa kalian.

Juga dedikasi khas buat Celcom yang memberi peluang kepada saya untuk telefon atau sms semua nombor 8pax saya secara PERCUMA selama 7 hari sempena hari lahir saya! Terima kasih Celcom! Dengan Celcom, anda berkuasa! hehe. (A part of promotion...)

Khamis, Ogos 07, 2008

'BIRTHDAY BOY'


Hari ini, 7.Ogos.2008, genaplah umur saya 21 tahun. Alhamdulillah, hari ini saya jadi 'besday boy' [ejaan besday yang sebenar- birthday]. Orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir kepada saya sudah tentu babah dan mama saya. Selepas maghrib semalam mereka dah hantar mesej selamat ulangtahun kelahiran. Terima kasih mama dan babah kerana telah membesarkan along dengan penuh kasih sayang. Tepat pukul 12 malam, bertalu-talu mesej masuk ke peti masuk telefon bimbit saya. Seronok juga jadi 'besday boy' ni. Rasa macam hari-hari nak jadi 'besday boy'. Dalam kelas tadi pun ramai yang ucapkan selamat. Terima kasih semua!

SEKILAS MEMANDANG

Assalamualaikum. Lama tak 'update' blog ini. Rasa rindu juga. Tapi sejak masuk semester baru sampai sekarang, saya memang sibuk dengan pelbagai urusan. Subjek pun semakin mencabar. Kehidupan? Alhamdulillah, semakin hari semakin teratur. Kesihatan pun bertambah baik dari sebelum ini.

SERANGAN ASMA
Hari pertama saya mendaftar semester baru, saya dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada jam 1.30pagi kerana serangan asma. Mula-mula saya yang memandu kereta dengan ditemani sahabat baik saya, Zaim. Di pertengahan jalan, saya minta dia bawa. Selepas menerima rawatan 'gas ajaib' =), saya dibenarkan pulang. Saya sebenarnya tidak mengidap penyakit asma sebelum ini. Saya mula dapat asma sejak tahun lepas. Itupun sekali selepas saya mengemas rumah. Saya tak tahan dengan habuk. Ini kira serangan asma kedua selepas saya mengemas bilik baru saya di UIA. Doktor ada nasihat supaya kurangkan aktiviti sukan dan elak habuk. Tapi dah nama pun Husaini, mana boleh duduk diam. Saya tak boleh tengok bilik selerak. Mesti kena kemas. Kan kebersihan dan kekemasan itu sebahagian dari nilai-nilai yang baik dalam Islam. Tentang penyakit asma, ia tidak serius, Alhamdulillah.

PROGRAM MOTIVASI
Sepanjang saya rehatkan diri dari menulis blog ini, saya sempat memenuhi beberapa jemputan memberi ceramah motivasi. Alhamdulillah, semua program berjalan dengan lancar dan teratur. Saya juga bersyukur kehadrat ALLAH kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang tidaklah banyak mana jika nak dibandingkan dengan penceramah yang lain. Niat saya hanya ingin berkongsi apa sahaja yang ada pada diri saya kepada generasi pelapis. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH, saya ingin teruskan usaha saya ini ke setiap sekolah, setiap daerah mahupun setiap rumah perlindungan anak yatim yang ada di seluruh Malaysia.

Ok, dah tak tahu nak cakap apa. InsyaALLAH, saya akan disiplinkan diri menulis di blog ini mulai hari ini. Azam sempena ulangtahun kelahiran ke-21 ni. hehe..