Halaman

Selasa, Januari 27, 2009

TAHNIAH SAHABAT!

(Dari kiri: Penulis, Ust Akhil Hayy dan Zaim)

Entri ini ditulis sebagai satu penghargaan, ucapan tahniah dan takziah buat saya kepada sahabat saya, Mohd Hairulza'im Bin Md Zin atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Kampus UIAM baru-baru ini. Didoakan moga beliau tabah dan kuat menghadapi hari-hari yang mendatang sebagai pemimpin mahasiswa UIAM.

Selamat bertugas YB! Ops... YB merujuk kepada Yang Bertanggungjawab, Yang Berkhidmat, bukan Yang Berhormat. =)


p/s: gambar tersebut diambil pada TAHUN LEPAS di Majlis Perlancaran Album Nasyid Legenda 2, Ust Akhil Hayy. Waktu itu, saya berisi sedikit. hehe

Ahad, Januari 25, 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UIAM 2009

Alhamdulillah, setelah sekian lama kita semua menunggu untuk memilih pemimpin SRC kita yang baru, semalam telah selesai semuanya proses pengundian selepas pengumuman di buat oleh Election Commissioner, Dato' Hamidon Abd Hamid kira-kira 6.35 petang semalam. Setelah lebih kurang 123hari SRC 07/08 dibubarkan, akhirnya barisan kepimpinan baru sesi 08/09 akan dibentuk tidak lama lagi. Kami dari Ma'ruf Club mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon yang menang. Semoga segala manifesto yang dijanjikan dapat di tunaikan dengan sempurna. Beristighfarlah kepada allah kerana amanah ini adalah dari ALLAH yang akan di soal olehNYA 'disana' kelak. Kepada calon yang tewas, bersyukurlah kepada ALLAH kerana anda tidak terpilih untuk menanggung amanah yang berat ini. Setinggi tahniah juga kami rakamkan kepada committee Pilihan Raya Kampus pada kali ini kerana bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan PRK ini berjalan lancar dan aman.


Berikut dinyatakan keputusan beserta jumlah undian calon-calon yang bertanding.

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES

MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES


AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS

AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)

MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590

KULLIYYAH OF ENGINEERING

NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN

MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)


Semoga kemenangan @ amanah yang cukup berat dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. dapat dilaksanakan sebaiknya dengan membawa suara keramat mahasiswa, isu-isu kebajikan terutamanya dan aktiviti-aktiviti berfaedah khusus untuk mahasiswa UIAM dan massa umumnya.Dan kepada semua pelajar,marilah sama-sama kita memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pemimpin kita bagi memastikan segala perancangan yang bakal dibuat oleh mereka berjalan dengan lancar,InsyaALLAH..kami dari Ma'ruf Club amat berharap agar misi club kami iaitu Amar Ma'ruf & Nahi Munkar dapat sama-sama dilaksanakan oleh SRC pada kali ni & kami sedia bekerjasama jika diperlukan..sekali lagi,TAHNIAH & TAKZIAH kepada semua calon yang menang!


Artikel ini dipetik dari http://www.marufclub.blogspot.com/
Gambar dipetik dari : http://www.helangsenja.blogspot.com/

Jumaat, Januari 16, 2009

SEKITAR PILIHAN RAYA KAMPUS 2009: UIAM

Pagi ini, notis terbaru berkenaan Pilihan Raya Kampus 2009 UIAM dikeluarkan. Hari Penamaan Calon yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 dipinda ke hari Isnin, 19.Januari.2009. Manakala Hari Pembuangan Undi yang dijadualkan berlangsung pada Isnin, 19.Januari.2009 ditunda ke hari Khamis, 22.Januari.2009.

Notis terbaru ini dikeluarkan berikutan arahan Penundaan Segala Aktiviti Akademik Mahupun Bukan Akademik Pelajar UIAM oleh Pihak Rektor UIAM bermula hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 hingga Ahad, 18.Januari.2009. Penundaan ini adalah berikutan masalah krisis bekalan air yang melanda kawasan Gombak.

P/S: Sebagai mahasiswa UIAM, saya mendoakan Pilihan Raya Kampus 2009 UIAM berjalan dengan lancar. Setakat ini, saya dapat tahu 2 orang sahabat saya menyertai pilihan raya kali ini sebagai calon. Buat yang terbaik ya!

PRK UM 2009 : KEPALA BABI DI SURAU API UM

Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam). Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus. “Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya. Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya. Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

SEKITAR PILIHANRAYA KAMPUS 2009 : UM



Petaling Jaya 15 Jan - Rumah aktivis Pro Mahasiswa yang terletak di Petaling Jaya dikunjungi polis yang datang kira-kira 2 buah van, 2 kereta peronda dan 4 buah kereta biasa. Kira-kira 30 orang pegawai polis berpakaian seragam dan berpakaian preman hadir dalam ‘kunjungan’ tersebut.

Pada asalnya, mereka dikatakan hadir untuk menggeledah kerana mendapat laporan berlakunya pemalsuan dokumen di dalam rumah tersebut. Walaubagaimanapun, tidak ada waran geledah yang dikemukakan untuk tujuan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima, kedatangan polis pada malam ini berpunca daripada laporan polis yang dibuat oleh TNC HEPA Universiti Malaya Azarae Idris pagi tadi.

“Ketika kami sedang mengecat banner, tiba-tiba 2 van polis berhenti di hadapan rumah dan ramai yang berkumpul. Mereka kata 15 minit diberikan kepada kami sebelum geledah, tapi mereka tiada waran geledah pun”. Menurut Faisal Mustaffa yang berada di tempat kejadian.
Beliau juga melahirkan kekeliruan dan kekesalannya kerana tindakan ‘double standard’ yang ditunjukkan oleh pihak polis Malaysia.

“Laporan yang dibuat oleh orang ‘besar’ atau orang atasan terus sahaja dilakukan siasatan. Laporan oleh mahasiswi kita, saudari Ayuni semalam hanya tinggal laporan. Langsung tiada siasatan”

Sewaktu ditanya mengapa jumlah bilangan anggota polis yang ramai dikerahkan ke rumah berkenaan, seorang anggota polis wanita yang bernama Puan Suhada mengakui bahawa separuh daripada mereka tidak mengetahui tujuan sebenar mereka ke premis tersebut. Mereka hadir kerana kebetulan mereka tiada tugasan dan kes pada malam tadi.

Sewaktu 4 orang anggota polis menggeledah rumah tersebut, mereka terpingga-pinga kerana tidak tahu apakah barang yang hendak dicari.Mereka tidak menjumpai sebarang dokumen yang berkaitan dengan laporan Datuk Azarae Idris.

Tujuan asal untuk menggeledah akhirnya menjadi sesi ramah mesra antara pihak polis dengan aktivis Pro Mahasiswa.Aktivis Pro M kemudiannya meneruskan kerja-kerja mereka untuk kempen PRK-mahasiswakini

SEKITAR PILIHAN RAYA KAMPUS 2009 : UPM

Gabungan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada pihak universiti berhubung pengendalian pilihanraya kampus UPM yang dijadualkan 19 Januari depan.

Gabungan itu, yang diketuai oleh Lau Wai Seng, pergi ke pejabat Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah untuk menyerahkan memorandum tersebut. Bagaimanapun, Dr Nik Mustapha tiada di pejabat. Berikutan itu, Lau menyerahkan memorandum tersebut kepada ketua bahagian komunikasi korporat UPM, Abdullah Arshad pada jam 10.30 pagi tadi.

Dalam memorandum itu, mereka membantah tujuh perkara membabitkan peraturan tatacara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi sessi 2008-2009.

Tujuh perkara tersebut ialah:
1. Kempen yang akan berlaku pada hujung minggu, bukan pada hari bekerja.
2. Penafian hak kepada pelajar kursus perubatan, fakulti perubatan untuk menjadi calon pada pemilihan kali ini.
3. Kaedah kempen yang sangat terhad (hanya melalui lisan).
4. Pihak Jawatankuasa pilihanraya (JKP) mengambil alih fungsi jentera calon pilihanraya untuk menjalankan kempen rasmi (JKP yang akan menyediakan bahan dan menggantung poster dan kain rentang calon).
5. Menutup ruang kepada calon untuk menyampaikan kempen yang baik disebabkan oleh birokrasi yang diwujudkan di peringkat kolej dan fakulti.
6. Menutup ruang kepada pengundi untuk memilih calon yang berkelayakan sebagai pimpinan pelajar.
7. Hanya pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan pihak universiti sahaja yang menguruskan pemilihan MPP, tanpa dipantau oleh mana-mana badan luar yang boleh dipercayai.

Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan berlangsung esok. Menurut Lau lagi, satu majlis taklimat telah diadakan oleh JKP untuk calon dan pencadang calon.

Dalam majlis itu juga, katanya, mereka meminta penjelasan JKP berhubung penyebaran risalah yang mendakwa pelajar pro-Mahasiswa memboikot pilihanraya kampus. Risalah itu ditampal dan diedarkan di kolej dan bilik kediaman pelajar. Bagaimanapun, katanya, calon-calon pro-Mahasiswa menuduh kakitangan UPM yang mengedarkan risalah tersebut. Sebaliknya, kata Lau, pihak JKP mendakwa kakitangan UPM hanya ditugaskan mengutip risalah tersebut dan bukan mengedarnya.-malaysiakini

Khamis, Januari 15, 2009

AIR OH AIR



Ketika ia ada, kita jarang menghargainya. Bila tiada, baru terasa kehilangan...

Sesekali apabila diuji dengan ketiadaan air, baru terasa betapa pentingnya air dalam hidup kita. Selama ini kewujudannya tidak dihargai malah dibaziri.
Air di paip dibiar menitis tanpa ada ihsan untuk menutupnya.
Namun, bila air sudah tiada, setitis pun amat bernilai di mata kita.

Manusia perlu sentiasa diingatkan.
Agar segala benda atau kewujudan di sekeliling dihargai dengan baiknya.
Supaya kelak, kita tidak menyesal akan perbuatan kita, tingkah kita pada alam mahupun kewujudan disekeliling kita.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil.
Adil pada semua benda.
Adil pada semua perkara.
Adil pada semua kewujudan ciptaanNYA.

Supaya manusia terus berfikir dan berfikir.


p/s: ini bukan sajak atau puisi. hanya kata-kata biasa tika dilanda musibah ketiadaan air.

Selasa, Januari 13, 2009

BOIKOT BERSTRATEGI BLOGGER

Boikot biasanya akan kedengaran apabila terpampang isu-isu sensitif di dalam masyarakat dan ianya menjadi satu amalan kebiasaan dalam menunjukkan bantahan terhadap sesuatu perkara.


Apa yang menjadi tanda tanya kepada penulis ialah, berjayakah kempen boikot? Apa kesan kepada yang diboikot? Sekiranya tanda tanya ini tidak ada jawapan, maka berbaloikah memboikot? Untuk merungkaikan persoalan di atas, maka kepada sesiapa sahaja yang menganjurkan kempen boikot, mestilah meletakkan matlamat dan sasaran kempen. Sekiranya 'matlamat' dan 'sasaran' tidak menjadi agenda kempen, maka bagi penulis, kempen yang dilancarkan hanya lah seperti 'melepaskan batuk di tangga'.


Kita pernah mendengar kempen memboikot akhbar utusan malaysia, kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk AS, malah kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk Belanda suatu masa dahulu. Ia hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam' sekiranya tidak ada matlamat dan sasaran.

Huraian 'matlamat' dan 'sasaran'.
Apa matlamat kempen, melumpuhkan? melemahkan? Sekiranya melumpuhkan, sanggupkah kita melihat pekerja-pekerja diberhentikan. Maka pada penulis matlamat utama kita adalah melemahkan. Sekiranyanya melumpuhkan menjadi matlamat, perlulah ada alternatif kepada pekerja yang bakal diberhentikan kerja. Contohnya, dahulu kita pernah mendengar boikot 'Coca Cola', maka kerajaan Iran mencari alternatif memasarkan produk Zam-Zam Cola. Barulah matlamat melumpuhkan berjaya. Sekiranya tidak berupaya menyediakan alternatif, matlamat melemahkan menjadi fokus utama.


Apa sasaran kempen?
Penulis membahagikan sasaran kepada dua pengertian:

Pertama, sasaran produk. Apakah pruduk yang priority untuk diboikot terlebih dahulu maka selebihnya menjadi alternatif. Contoh, sekiranya ingin memboikot Utusan Malaysia, mestilah dalam masa yang sama Berita Harian menjadi pilihan alternatif, yang penting disini, sasaran berjaya dilumpuhkan. Sekiranyanya ingin memboikot Intel, maka AMD menjadi pilihan alternatif, yang penting sasaran berjaya dilumpuhkan. Kembali kepada kaedah usul 'sekiranya tidak dapat semua, jangan tinggal semua'.


Kedua, sasaran tempoh. Berapa lama tempoh boikot? 2 bulan, 3 bulan, setahun atau selama-lamanya..? Tempoh boleh dijadikan senjata ugutan terhadap yang diboikot. Rasanya kalau betul-betul kempen boikot berjalan selama 6 bulan secara menyeluruh, pastinya 'matlamat' yang kita bincangkan tadi berjaya, InsyaAllah. Apa yang penting disini adalah sasaran tempoh dan ianya akan menjadi kayu ukur terhadap kejayaan kempen.

Selamat Memboikot
Hancur Zionis!!!

Maklumat lanjut, klik disini: http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/2009/01/boikot-perlu-ada-matlamat-dan-sasaran.html

Khamis, Januari 08, 2009

MAHASISWA DIBENAR SERTAI DEMONSTRASI KUTUK ISRAEL

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Selasa, Januari 06, 2009

KECACATAN MENTAL


Ahad ,04/01/2009 -Media “as Safir” mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh. "

Note: Sumber : Palestinkini.

Ahad ,04/01/2009 - Presiden Mesir , Husni Mubarak berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak boleh sempadan lintasan Rafah untuk bantuan kemanusiaan tanpa satu persetujuan daripada Israel."


Note: sumber : Palestinkini.











P/S: Adakah telah berlaku kecacatan mental kepada Presiden Mesir ini dan FATAH sehingga mereka gagal mengenalpasti yang mana saudara dan yang mana musuh?





Ya ALLAH, kau berikanlah hidayahMU kepada pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia. Satukanlah hati-hati mereka dijalanMU Ya ALLAH. Aku sudah tidak sanggup melihat satu demi satu saudara-saudaraku di Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel laknatullah. Ya ALLAH, Kau Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Ameen.

Isnin, Januari 05, 2009

KEMPEN BOIKOT BARANGAN YAHUDI


Dengan nama Allah swt dan Nabi Muhammad saw pesuruhnya dan diatas nama persaudaraan umat islam seluruh dunia, oleh itu kami seluruh ahli jawatankuasa Komuniti Teman Inteam yang baru dibawah kendalian saudara Abu Afham sebulat suara melancarkan DEKLARASI:KEMPEN KOMUNITI TEMAN INTEAM MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI. Justeru Komuniti Teman Inteam menyeru seluruh warga komuniti ini dan komuniti komuniti lain di luar sana untuk berganding bahu memboikot atau dalam bahasa mudahnya tidak membeli lagi semua barangan-barangan yang dikenal pasti membantu secara langsung atau tidak langsung didalam membantu rejim zionis laknatullah. Atas kesedaran bahawa seluruh umat islam itu bersaudara maka sewajarnyalah sahabat-sahabat membantu dalam kempen ini.
Telah berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mewakili Ketua Ulama' Sedunia Boikot Barangan Israel! Bismillahirrahmanirrahim.."Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya! Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka.
Allahu Akbar!!" - Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

DEMONSTRASI SELAMATKAN PALESTIN DI UIAM








Sabtu, Januari 03, 2009

MESIR BANTU ISRAEL?

Jumaat ,02/01/2009 -Dr Osama Al-Muzzaini , salah seorang pemimpin politik bagi pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, telah menggariskan pejuang Palestin masih berkemampuan untuk berlawan dan akan menyediakan "kejutan-kejutan" untuk angkatan tentera rejim Zionis.Beliau memberitahu pihak media di pejabat Hamas di bandar Gaza , Hamas tidak pernah bersetuju pada "keadaan musuh yang amat memalukan " dan menolak kepada sebarang gencatan senjata.

Muzzaini menuduh bahawa Mesir berpakat sulit dengan musuh Zionis dan merupakan rakan kongsi dalam pencerobohan ini, tambah beliau ketua risik Mesir , Omar Suleiman telah dipetik sebagai berkata , Hamas patut di beri satu pengajaran.

Note: sumber : www.palestinkini.info

Khamis, Januari 01, 2009

AMBIL PEDULI : KEGANASAN ZIONIS DI PALESTIN











Maklumat lanjut sila ke laman web Palestin Kini. www.palestinkini.info .

TAGGED AGAIN.

Kena tagged lagi! Daripada rakan seperjuangan Nadirah KTI. Di bawah ini peraturan dan soalannya.

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)
C) Continue this game by tagging 8 other people.

1.What have you been doing recently?
urm......

2.Do you ever turn your cell phone off?
Often. During lecture or meeting.

3.What happened at 10am today?
I was in train to go to KL Sentral.

4.When did you last cry?
I couldn't remember....

5.Believe in fate/destiny?
Of course.... Qada' n qadar.

6.What do you want in your life now?
I want to achieve my goal.... Terlalu peribadi untuk kongsikan disini.

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
No i'm not.

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
Many things.... I love my bed so much.

9.What is ur favourite clothes?
I'm a simple person, I like to wear T-shirt with jeans.

10.What’s the nicest things in your inbox?
Good Night's message... hehe

11.Do you tend to make the relationship complicated?
urm....

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
No, i'm not.

13.What was the last movie you caught?
Usually, i'm watching movies at my friend's PC.
James Bond 007 Quantum of Solace.

14.What are you proud of?
Islam. Being a Muslim...

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
My parents' IC number.

16.What was the last song you sang out loud?
Irwansyah- Ku Tunggu Jandamu. haha.

17.Do you have any nicknames?
Abu Afham.

18.What does the newest text say?
yeopmi: Internet tak berapa elok... bla...bla..bla..

19.What time did you go to bed last night?
6.30am, after Subuh prayer... (is it consider as 'last night'?)

20.Are you currently happy?
Yes, of course... Kan dunia ini penuh warna warni.

21.Who gives you the best advise?
My mum. She is the great teacher.

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
No I'm not.

23.Who did you talk on the phone last night?
Muhd Abid from UIAM.

24.Is something bugging you now?
No.

25.Who was the last person to make you laugh?
Hairul Zaim.



8 Orang Yang Kena Tagged:
  1. Hairul Zaim
  2. Kak Rosma Penyayang
  3. Hasbi Baksis
  4. Gamemaster
  5. Aizat KTI
  6. Amira Azman
  7. Hasanah UIAM
  8. Qayyum Dainuri.