Halaman

Rabu, Julai 18, 2007

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA NURI


Pagi ni terdengar bunyi beberapa buah helikopter melintasi kampus saya, UIAM Gombak. Dalam minda terus terbayang nahas ngeri helikopter nuri yang hilang beberapa hari lalu. Alhamdulillah, telah berjaya ditemui namun kesemua mangsa disahkan telah meninggal dunia. Bila helikopter nuri akan diganti? Sampai bila kita nak dengar berita menyayat hati tentang helikopter terhempas, hilang dan sebagainya? Rasanya, saya tidak akan sekali-kali membenarkan keluarga saya terlibat dengan TUDM jika TUDM masih menggunakan helikopter lama saban tahun.
Kes nahas nuri ini bukan cerita baru tapi cerita lama yang sering berulang saban tahun.
Sampai bila rakyat Malaysia akan disajikan dengan cerita ini?

Al-Fatihah buat semua mangsa korban Nahas Nuri.....

Moga mereka diberi rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT di alam sana.

Isnin, Julai 16, 2007

DAH CUKUP MERDEKA KE?




Tahun ini Malaysia akan menyambut ulangtahun ke 50 kemerdekaan Malaysia. Alhamdulillah, berkat perjuangan dan kesabaran golongan terdahulu, kita kini dapat merasai nikmat kemerdekaan! Syukur pada Ilahi yang mengurniakan nikmat paling berharga buat semua rakyat Malaysia. Telah 50 tahun kita merdeka dan bebas dari cengkaman negara luar. Namun, adakah kita benar-benar telah merdeka? Sudah cukup merdeka kah kita dari mereka?

Kita mengakui kepada semua yang kita telah pun merdeka. Kita canangkan kepada semua yang kita telah lama merdeka. Namun, sedar atau tidak yang anda sebenarnya masih tidak merdeka dek kerana"mind setting' anda yang masih mengagung-agungkan barat! Dimana pegangan ekonomi kita sekarang? Kemana arah pemikiran kita? Bagaimana cara kita selesaikan masalah kita? Bagaimana pula dari sudut undang-undang yang persis undang-undang barat?

Masih ramai dikalangan kita yang terlalu mengagungkan barat. Baik dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Yang sedar, terang-terangan menunjukkan sokongan mereka dan pujian mereka kepada barat. Bangga membeli barangan barat atas alasan kualiti. Belajar di universiti barat lebih ternama dan masyur dari belajar di universiti sendiri mahupun universiti di negara Arab. Sifat terlalu mengagungkan barat inilah yang membuatkan mereka masih tidak merdeka. Buat apa canangkan satu Malaysia yang anda merdeka sedang jiwa dan minda anda pada barat?

Itu golongan yang sedar. Manakala, bagi golongan yang tidak sedar, mereka mengakui mereka merupakan bangsa yang merdeka. Mereka cintakan tanahair. Namun, dalam "mind setting" mereka kuat mengatakan segala yang terbaik dan sempurna adalah barat. Hebat sangatkah barat? Adakah mereka tidak pernah membuat sebarang kesilapan mahupun ada cacat cela? Pemikiran ini sebenarnya telah menyelimuti hampir seluruh masyarakat di Malaysia kini. Ya, pemikiran yang terlalu mengagung-agungkan barat sehingga lupa pada kelebihan negara. Tidak merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Tidak merasa bangga mengucapkan kalimah tauhid. Percayalah, jika sifat di atas ada pada diri anda, anda sebenarnya belum merdeka.
Kita sering mengaibkan masyarakat kita sendiri pada bangsa lain dan pada dunia. Kita tidak merasa bangga menjadi rakyat malaysia sehingga sanggup mengutuk negara sendiri.
Barat menjadi hebat kerana segala kelemahan mahupun kesilapan mereka tidak kita ketahui. (mereka pun tidak mahu mendedahkannya!) Sifat terlalu mengagungkan barat yang ada pada diri kebanyakan rakyat Malaysia telah menutup segala pandangan buruk kita pada barat. Kita disajikan dengan kekuatan mereka, keagungan bangsa mereka, kehebatan mereka dalam bertempur sehingga segala yang terbaik adalah milik mereka.
Kita membaca buku-buku mereka. Pemikiran kita telah mengikut acuan pemikiran mereka.
Inilah yang mereka mahukan sebenarnya. Walaupun kini Malaysia telahpun merdeka, namun hingga kini Malaysia tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri. Segala masalah kita rujuk kepada barat baik dari aspek ekonomi, sosial mahupun pendidikan!

Jiwa yang merdeka adalah mereka yang mengakui diri mereka merdeka dan benar-benar merasai nikmat kemerdekaan itu! Mereka bangga menjadi rakyat Malaysia. Yakin pada diri sendiri dan kemampuan orang lain. Saling bersatu padu dalam masyarakat dan ummah. Tidak memperlekehkan bangsa mereka kepada orang lain.
Jiwa yang merdeka tidak mengagung-agungkan barat sebaliknya berusaha untuk menjadi lebih baik dari barat. Berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup, ekonomi dan sosial. Tidak menjadikan barat sebagai cermin!
Wahai bangsaku, ayuh bersama-sama kita rasai nikmat kemerdekaan ini dengan sebenar-benarnya. yakinlah pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Bersama memartabatkan Malaysia ke seantero dunia. Acuan pemikiran kita mestilah beracukan pemikiran Islam. Buangkan pemikiran yang memiliki acuan barat. Kita bangkit semula menjadi ummah yang cemerlang berpaksikan Islam Yang Satu!

Rabu, Julai 11, 2007

AKHIRNYA KUTINGGALKAN JUA...

Begitu berat rasa hati meninggalkan sebuah tempat yang dibina bersama-sama dengan ukhwah yang terjalin erat dikalangan saya dengan kawan-kawan. Namun, itulah hakikat yang perlu saya terima bahawa diantara kami tiada sefahaman. Saya sedar betapa hancurnya kasih sayang yang dicurahkan. Kalau selama ini saya hidup dengan penuh kegembiraan kerana hidup saya dipenuhi dengan memberi dan menerima kasih sayang seadanya. Kini, kesakitan mula dirasai apabila orang yang disayang terpaksa ditinggalkan. Saya bukan mahu perkara ini berlaku. Jauh di sudut hati ini mahu sabar, sabar dan terus sabar. Tapi takdir telah menentukan.

Saya juga berbuat demikian dengan hasrat menjaga keharmonian tempat itu. Biarlah ia kekal stabil dengan cara mereka sendiri. Saya tidak mahu menjadi duri dalam daging apabila berterusan berada di sana. Saya berdoa moga mereka semua akan berjaya dan terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Percayalah, andai ditanya adakah masih ada rasa sayang kepada mereka? Maka jawapan saya adalah YA! Biarlah ALLAH tentukan segala-galanya.

Isnin, Julai 09, 2007

MINGGU ORIENTASI UIAM 07/08 (TAARUF WEEK)

Memang 'taaruf week' di UIA gombak agak berbeda dari minggu orientasi yang pernah saya sertai. Layanan agak baik dan matang. Dari aspek makanan pula, sarapan pagi memang agak mengecewakan. Tapi bila tiba makanan tengah hari, malam dan minum malam makanan boleh dikategorikan sebagai kelas ke 2! AJK pelaksana juga agak 'sporting' dengan kami (kecuali DNI, nama lupa la...) Dia agak tegas dan sering bernada keras. Namun, memang sesuai dengan tugas dia sebagai Biro Disiplin dan Ibadah.

Ramai kawan baru yang sebelum ini saya tidak kenal di CFS IIUM. Ada juga sahabat dari KISAS yang sudah lama saya tidak jumpa. Tidak lupa juga sahabat dari SARJANA yang agak 'meletup' bila datang uia ni. Sedih juga apabila Malam Kebudayaan tidak jemput artis nasyid untuk buat persembahan seperti di CFS dahulu. Namun, kesedihan terubat dengan persembahan sahabat-sahabat saya yang cukup bermakna buat saya. Santai dan bermesej.

Saya tinggalkan segala warna-warni kenangan 'Taaruf Week' kali ini dengan sebuah azam baru. Di dewan ini (CAC) saya mula menjejakkan kaki ke uia, bermula dengan taaruf week hinggalah selamat saya baiah secara rasmi sebagai mahasiswa uia, saya akan belajar, belajar dan terus belajar hinggalah di dewan ini jugalah satu hari nanti, saya akan terima ijazah saya yang pertama, Ijazah Sarjana Muda Undang-undang!

ROOMATE DI CFS IIUM 05-07

Inilah sahabat-sahabat saya yang sama-sama tinggal di bilik 103 Mahallah Umar Al-Khattab 1, Pusat Asasi UIAM. Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang pernah kami tempuh bersama. makan bersama-sama sudah menjadi satu kemestian bagi kami. Pernah kami beli Pizza di luar dan bawa masuk ke UIA semata-mata untuk makan bersama-sama di kafe Aroma. Mengenali Asyraf, Hafiz dan Abid merupakan satu rahmat dari Allah buat saya. Saya harap ukhwah yang terbina berkekalan hingga akhir hayat. Kini kami dah tak sama bilik di kampus induk UIA Gombak. Tapi kami tetap berhubung dan berjumpa. Kan ukhwah itu indah.........

BAKSIS YANG GEMPAK

Gambar sewaktu Baktisiswa CFS IIUM 2007. Banyak kenangan yang menarik akan saya kongsikan bersama tentang Baktisiswa kali ini. Ia merangkumi nilai kasih sayang, prihatin kita, agama dan budaya sesebuah masyarakat.

Kepada sahabat yang sertai Baktisiswa ini, kalian memang menceriakan hidupku selama disana... Terima kasih atas pengalaman ini. Syukur Tuhan.

MAHALNYA PENGALAMAN

Cuti semester bagi mahasiswa dan mahasiswi pun bermula!!!
Masing-masing mula mencari pekerjaan bagi memenuhi masa terluang. Tidak kurang juga yang menyambung pengajian secara 'part time' di pondok-pondok pengajian bagi menambah ilmu didada. (ayat popular yang sering digunakan ialah 'menadah kitab') Saya pun turut mengambil kesempatan di kelapangan ini untuk menambahkan kemahiran yang belum saya perolehi lagi.
Cuti terluang ini telah saya manfaatkan untuk belajar tentang pengurusan sebuah syarikat. Sewaktu mula bercuti, saya telah diberi kesempatan untuk bersama-sama mengendalikan 'event management' bagi sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan. Saya jadi penolong pengarah pentas. Seronok juga jadi orang belakang tabir. hehe. Saya juga agak teruja apabila cuti kali ini saya sering di undang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama adik-adik dan remaja-remaja dalam slot motivasi. Sedikit sebanyak, saya telah mempelajari untuk berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai. Saya juga kini dalam proses menyiapkan skrip terjemahan saya. Jika di izin ALLAH, akan terbitlah buku pertama saya dan rakan-rakan saya nanti. (terjemah je...) Dalam cuti ini juga, saya diberi kesempatan untuk bekerja di tempat kegemaran saya, Sek Ren Islam Al-Amin, KL. Alhamdulillah.
InsyaALLAH, cuti berbaki ini saya nak menambahkan pengalaman saya dalam pelbagai bidang supaya impian saya untuk jadi insan yang serba boleh tercapai! Saya harap dalam usia muda ini, saya dapat mengumpulkan seberapa banyak pengalaman yang berguna untuk bekalan saya kelak. Yang penting, segala apa yang kita usahakan, kita bermohon dan bersyukur kepada Tuan Punya Alam, ALLAH SWT.

SUHAIB YANG KUKENAL

Tempat Tahanan Perlindungan, Kamunting, 34009 Taiping ,Perak .11 March 2007, 11.15am.
“Dah besar dia kan…..dulu kecik je” kata Warden perempuan yang memakai tag nama Zarina ketika memandang kearah Suhaib yang kelihatannya lebih tinggi dari saya.
“Masa ayah dia mula kena tahan dulu, umurnya baru 8 tahun, sekarang dia dah di tingkatan 2…. Kira je lah berapa lama dia dipisahkan dari ayahnya” jawab saya.
“Kami tak ada kuasa nak lepaskan suami puan….kami pun letih tengok mereka ni, bila lah agaknya nak di bebaskan “ sambung warden itu lagi.
“Awak rasa letih…saya??Kita ni sama-sama perempuan kan?? Cuba bayangkan kalau awak berada ditempat saya ??” saya menyoal semula warden itu.
Ketika itu kami berdua dalam bilik pemeriksaan. Kebiasaannya, warden yang bertugas akan memeriksa seluruh tubuh saya menggunakan scanner, tapi semasa lawatan siang tadi, warden Zarina itu hanya bersalam dan memeluk saya…satu tindakan diluar kebiasaan.
Sewaktu menunggu giliran di pondok tadi, secara kebetulan saya terserempak dengan beberapa keluarga ISA yang datang dari Kuala Lumpur. Saya ambil kesempatan ini beramah mesra dengan mereka dan anak-anak.Masih ingat lagi 5 tahun yang lalu, ditempat yang sama, semua anak-anak itu masih terlalu kecil .Ada yang berusia semuda 5 bulan.Tapi hari ini, kesemua mereka dah besar. Aimi, Afiq dan Ain bayi yang dulunya berusia 5 bulan, kini sudah pun masuk tadika tahap dua.Tahun depan akan masih darjah 1. Semuanya dah petah bercakap.Saya perhatikan, kesemua mereka, isteri dan anak-anak kelihatan masih kuat, bersemangat dan tabah seperti biasa. Mereka tetap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kamunting sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menziarahi ahli keluarga yang masih merengkok di Kem.Ikatan kekeluargaan masih utuh walau pun secara zahirnya, mereka dipisahkan lebih 5 tahun lamanya….
Perubahan fizikal.
Seperti biasa, pertemuan keluarga antara saya dan suami berlangsung selama 45 minit, melalui interkom.Perubahan fizikal Suhaib hanya dapat dilihat oleh ayahnya melalui cermin lutsinar yang memisahkan kedudukan kami. Suami saya tersenyum melihatkan anak tunggalnya yang begitu cepat membesar dan lebih tinggi darinya.Setiap kali bertemu ayahnya disebalik cermin, Suhaib akan membuka butang dan menyelak lengan baju untuk menunjukkan setiap perubahan yang terjadi pada dirinya.Ada kalanya kedua-duanya membandingkan jari tangan masing-masing yang sudah hampir sama saiznya.
Kami bertiga beranak berbual bergilir-gilir. Suhaib cuba berkongsi idea dan perancangan dengan ayahnya berkenaan program ketika cuti sekolah ini tapi kemudiannya menyedari tidak ada perkara yang dapat dilakukan bersama kecuali berutus surat.Ayahnya hanya mampu memberi nasihat secara umum.Antara nasihat itu ialah, Suhaib mesti berbincang dan meminta izin dari umi ( saya) dalam sebarang tindakan yang ingin dilakukan.
‘Father figure’
Sememangnya, perkongsian dua beranak itu sering menemui jalan buntu. Bayangkanlah , lebih 5 tahun mereka berdua tidak tinggal sebumbung. Pertemuan sekali sekala selama 45 minit sebenarnya tidak banyak membantu kedua-duanya meluahkan isi hati masing-masing. Sewaktu mula dipisahkan 5 tahun yang lalu, Suhaib masih terlalu kecil dan tidak memahami apa yang terjadi.Beliau membesar dalam keadaan yang tidak normal sepertimana anak-anak lain yang mempunyai ibu-bapa yang lengkap.Suasana yang tidak positif ini berlalu berpanjangan. Walaupun mendapat sokongan moral dari adik-beradik saya dan rakan-rakan, namun tiada siapa sebenarnya yang dapat memenuhi kota “father figure” yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar seperti itu.Dia tahu yang dia mempunyai seorang ayah dan ayahnya masih hidup!!(Itu salah satu sebab saya menghantarnya tinggal diasrama dan Alhamdulillah, beliau mendapat layanan dan bimbingan yang positif dari rakan-rakan yang berada disekelilingnya) .
Suami saya pula, 5 tahun lebih beliau berada dalam suasana seperti “haiwan di zoo”. Beliau diberi makan, pakai dan tempat tinggal.Namun aktiviti kehidupan hariannya sentiasa dibawah kawalan dan pengawasan warden sepanjang masa. Segala pergerakan ,perbualan dan pembacaan semuanya disaksikan oleh warden kem dan SB yang begitu bebas keluar masuk dan bergelumang dengannya melebihi 24 jam sehari.
“Saya nak order burger 4 ketul, telur goreng 3 dan air kotak 3” kata suami saya pada warden yang bertugas mengawasi pertemuan kami.
“Semua makanan ni boleh order 2 saja” kata warden itu.Mata kami bertiga merenung kearah warden itu yang kemudiannya segera beredar dari tempat pertemuan kami.
“Nak order makanan lebih sikit pun tak boleh…” getus Suhaib sambil menumbuk cermin.
Itulah hakikat kehidupan di Kemta. Segala tindakan yang ingin dilakukan mestilah mengikut peraturan kemta, walaupun hanya untuk memesan makanan dengan bilangan yang lebih sedikit.
Kini, lebih 5 tahun beliau tidak berkomunikasi dengan dengan anak-anak secara bebas. Saya tahu, memang wujud perbezaan antara mereka. Lebih-lebih lagi dalam kes ini, Suhaib adalah satu-satunya anak kami.Suami tiada pengalaman membesarkan anak sendiri hingga ke peringkat remaja .Penahanan ini telah menyebabkan suami saya kehilangan terlalu banyak peluang dan proses ‘parenting’ yang sepatutnya dilakukan bersama Suhaib.
Teh tarik dan roti canai.
Saya tidak pasti apa sebenarnya yang Suhaib ingin lakukan bersama bapanya, yang terkeluar dari mulut beliau sewaktu lawatan keluarga siang tadi. Sekadar apa yang terdengar, dia teringin sangat menikmati teh tarik dan makan roti canai selepas berjoging, sepertimana yang sering mereka berdua lakukan 5 tahun yang lalu……Ah …perkara mudah seperti itu pun terhalang untuk melakukannya…
Sewaktu kedua beranak itu bersembang berkenaan satu topik yang saya tidak tahu hujung pangkalnya, fikiran saya sempat menerawang ke kehidupan kami dulu dan kini. 5 tahun dulu, setiap waktu , sekiranya suami tidak solat di surau, pastinya kami bertiga akan solat berjemaah dirumah. Saya memang amat merindui saat-saat indah seperti itu.Dan kini, setiap kali Suhaib pulang bercuti dari asrama, sekiranya beliau tidak solat di surau dihadapan rumah kami, saya akan pastikan beliau menjadi imam ketika kami berdua solat. 5 tahun yang lalu, saya solat berjemaah berimamkan suami, tetapi kini, saya solat berjemaah berimamkan Suhaib….. Alhamdulillah… .
“Think out of the box”
5 tahun bukan lah satu waktu yang singkat.Namun, perpisahan ini tidak pernah mengurangkan sedikitpun rasa kasih kami kepadanya. Sebab itulah walaupun ada ketikanya diri ini rasa penat dan letih, perasaan kasih sayang itulah yang menjadi “drive’ untuk kami melawat beliau di kem sana….
Saya sempat berpesan pada suami supaya “learn to think out of the box”. Suami ketawa bila mendengar saranan saya. “SB selalu suruh abang “ think out of the box”…..katanya, abang mesti percaya bahawa sekiranya abang tak ditahan dibawah ISA, dah lama abang akan ditangkap oleh tentera US dan dibawa ke Guantanamo Bay. Semua tahanan ISA mesti terima cerita itu.Sapa yang percaya dengan cerita itu, maknanya tahanan tu dah boleh menerima idea SB dan dikira telah berjaya “think out of the box” .Peluang untuk dibebaskan, cerah…..” katanya lagi. Masih ketawa.
Oh, begitu kisahnya…SB pun rupa-rupanya dah lama suruh tahanan ISA” to think out of the box”!!!.Kami di GMI baru ini, telah mengadakan satu program “retreat” bagi menilai semula keberkesanan program GMI sepanjang tahun lepas. Program selama sehari semalam yang dikendalikan oleh Pak http://aa.f358.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=Abu@Saari Sungib itu “very impressive” dan mengajak kami berfikir “out of the box”.Bukan susah sangat nak menukar pemikiran yang sedia ada pada sesuatu yang lebih baik dan diluar jangkaan jika semua pemikiran itu menuju kearah memertabatkan nilai-nilai kemanusiaan yang adil dan saksama.
Tapi, SB di Malaysia ni nampaknya terpaksa mengambil masa lebih 5 tahun untuk mengajar tahanan ISA” to think out of the box” mengikut citarasa penguasa ISA, yang ternyata semuanya dilakukan diluar batas-batas kemanusiaan. Bukan setakat itu saja, tahanan ISA dinafikan segala-galanya dan dipisahkan dari dunia luar semata-mata supaya semua mereka itu menukar fikrah Islam yang mereka percayai selama ini dan seterusnya menerima hakikat bahawa mereka adalah benar-benar pengganas Islam ( terrorist / muslim millitants) ….hinggalah akhirnya mereka bertaubat diatas kesalahan yang mereka sendiri tidak tahu hujung pangkalnya….
“Abah…jangan cepat menyerah kalah pada SB jahat tu, kita mesti terus lawan….Abah mesti kuat semangat….” Itulah antara kata-kata berharga yang sempat diluahkan oleh Suhaib yang memasang telinga disepanjang perbualan saya dan suami mengenai “think out of the box” itu.
Tidak lama selepas itu, loceng berbunyi menunjukkan kami ada 5 minit lagi untuk berbual.
Ayahku masih hidup
“Abah nak rasa janggut Suhaib?” kata anak saya mendongakkan muka menunjukkan beberapa helai rambut yang tumbuh dibawah dagunya. Suami menganggukkan kepalanya berkali-kali. Kedua-duanya ketawa sambil memegang dagu masing-masing.
Suhaib cuba bergerak kehadapan agar beliau berada lebih rapat kepada bapanya dengan harapan supaya ayahnya dapat menyentuh janggutnya.Tapi, akhirnya dia menyedari ada cermin yang memisahkan kedudukan mereka……Senyuman terus hilang dari wajah mereka berdua…
Tak sanggup saya melihat adegan dua beranak itu…
Sebelum meletakkan gagang interkom, saya sempat memberitahu suami bahawa peguam akan datang ke Kem melawat mereka.Tapi saya tidak nyatakan tarikhnya kerana tidak mahu SB berkesempatan mematahkan semangat peguam yang ingin kesana…..
Selesai pertemuan tengahari itu, kereta yang saya pandu segera meluncur meninggalkan pekan Kamunting membawa bersama perasaan sedih dan kecewa yang amat mendalam. Sewaktu dalam perjalanan ke Kemta pagi tadi, perasaan rindu ingin segera bertemu dengannya , telah menyebabkan meter kereta terbabas beberapa kali pada angka 120 dan 130 km/h, tetapi sewaktu pulang semula ke Kuala Lumpur, tubuh terasa letih, lesu dan longlai …. Saya relakan saja meter bergerak disekitar 90 – 100 km/h…..
Saya menoleh kekiri kearah Suhaib yang juga kelihatan sedang mengelamun jauh. Kami tidak banyak berbual, membiarkan saja suara juruhebah radio memecah vakum kesunyian .
“Puas hati dah jumpa Abah?” tanya saya padanya. “ Never….” Jawabnya pendek.
“But at least, he is still alive, kan?” kata saya lagi. Suhaib mengangguk lemah.
Ya. Memang saya akui. Tiada siapa pernah terfikir, jauh sekali teringin untuk mempunyai ahli keluarga yang ditahan dibawah ISA.Bagi sesiapa saja yang belum pernah ditahan dibawah akta zalim itu, mungkin persediaan mental ,fizikal dan material dapat dilakukan dalam menghadapi saat-saat yang tidak terduga itu. Tapi…… anak-anak tidak pernah menyediakan mental jauh sekali sanggup menerima hakikat perpisahan tanpa kerelaan ini.. Anak-anaklah sebenarnya yang menerima kesan yang paling teruk dari kezaliman ISA ini.Perpisahan dengan “ayah” , orang tersayang yang menjadi ketua keluarga dan tempat mereka bermanja adalah umpama kiamat kecil yang menghancurkan perasaan mereka.
Namun, disebalik kesengsaraan, kekecewaan dan tekanan perasaan yang mereka hadapi, anak jugalah yang menjadi penawar, menjadi tonik yang memberi kekuatan supaya si ibu meneruskan perjuangan untuk membebaskan kehidupan dari belenggu kezaliman.
Disepanjang perjalanan, hati ini sentiasa mengharap pada Allah yang Maha Kuasa agar kezaliman ISA segera tersingkir dari kehidupan kami ….
(Kami bertolak ke Kemta 6.40 am dan tiba semula di Taman Keramat jam 5.15pm)
Norlaila Othman,
Guru Sek Ren Islam Al-Amin, Kuala Lumpur.
Pusat Sokongan Keluarga GMI.Taman Keramat, K.L.
13March 2007/ HP 0126892608

KERJA - VOL 2

Sampai di Kuala Lumpur, saya tinggal di rumah makcik saya di Keramat Permai. Disana, pakcik saya menyarankan saya supaya mencari kerja di tempat yang mudah dari aspek transpot. Jadi destinasi pertama saya adalah KLCC!
Disana saya pergi hampir ke semua kedai-kedai yang ada menawarkan kerja kosong. Dari pasar raya hinggalah ke kedai mainan kanak-kanak. Keputusannya? Gagal! Akhir sekali saya pergi ke satu farmasi Vitacare. Sewaktu ditemuduga, macam-macam saya ceritakan kepada dia semata-mata nak menarik hati dia menerima saya bekerja di situ. Saya sebutkan beberapa nama ubat yang saya tahu. (terima kasih mama sebab selalu sebut nama-nam ubat kat rumah! Mama saya seorang jururawat.) Akhirnya saya diterima bekerja di situ....
Dalam perjalanan balik dari KLCC ke rumah makcik, saya melintasi sebuah sekolah rendah swasta. Saya begitu tersentuh melihat suasana sekolah tersebut. Semua murid memakai baju melayu Raihan berwarna biru. memakai kopiah putih dan kedengaran suara-suara nyaring menyebut: "suhaib, bagi bola tu dekat ana". Hati mula berbunga-bunga. Kaki pula seakan mahu ditarik ke sekolah tu. Akhirnya, saya memberanikan diri menjejakkan kaki ke situ. Masuk ke pejabat sambil menuju ke meja kerani lelaki. Saya tanya ada kekosongan tak di situ. Saya boleh menarik nafs lega kerana ada kekosongan disitu! saya pun mengisi borang yang disediakan. Kemudian, saya diminta tunggu sebentar untuk ditemuduga pengetua sekolah tersebut. Selepas ditemuduga, saya diminta pulang dahulu. Keputusan akan dimaklumkan melalui telefon. Saya pulang hampa. Pasti tak dapatnya....getus saya dalam hati. Esoknya, tetiba dapat panggilan dari ustaz zubir yang mengatakan saya diterima mengajar di sekolah tu. alangkah seronoknya hati saya! terus berhenti dari Vitacare! haha...
(akan bersambung..... pengalaman menjadi guru di Sek Ren Islam Al-Amin, Kuala Lumpur.....hati tersentuh, soleh wa musleh.....)

AZAM BARU? AZAM LAMA DAH TERTUNAI KE?

Setiap kali tahun baru menjelma, saya pasti akan berazam. Tahun ni azam dua kali, satu pada malam 31.Disember.2006 dan satu lagi pada malam Satu Muharam 1428H. Sewaktu saya menulis azam saya atas diari, tiba-tiba teringat pada azam saya tahun lepas yang mana 40% gagal untuk saya dapatkan. Sedih gak, tiap-tiap tahun ada azam tapi mesti tak dapat semuanya. Maka, saya pun mengkaji sebab-sebab saya gagal memenuhi azam tahun 2006 saya dan akhirnya saya mendapati:-
saya hanya berazam tapi tiada tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
saya tidak mempunyai pelan tindakan yang teratur untuk menyusun matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek saya sepanjang tahun 2006
saya tidak memberi penumpuan yang khas sepanjang 2006.
perlu diketahui, tidak semua benda yang kita nak di dunia ini, kita akan dapat. ALLAH Maha Adil. Jadi, pada tahun 2007 ini, saya sudah menggariskan beberapa matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek untuk merealisasikan azam saya. Pelan tindakan yang teratur dan startegi-stratergi yang dinamik telah pun dirangka. Moga Azam 2007/1428H saya akan dapat direalisasikan. Anda bagaimana?

SEMALAM YANG BERLALU

Semalam saya menghadiri satu program yang dianjur oleh kolej saya. Program tersebut adalah MINGGU PALESTIN. Saban hari saya menerima hidangan berita-berita mengenai Palestin sehingga saya berada di satu tahap, menerima berita tentang Palestin adalah satu perkara lumrah, menjadi satu kebiasaan kepada saya. Namun, perkara yang berlaku semalam cukup memeritkan saya. Perkara itu akan menjadi tauladan kepada saya dan ingatan keras supaya Palestin kekal di ingatan saya. Saya dan rakan-rakan ditayangkan sebuah cerita tentang bagaimana sahabat-sahabat kita di Palestin dijajah. Menceritakan bagaimana sejarah Palestin dijajah. Saya tidak pandai nak menyusun ayat menceritakan betapa peritnya orang Palestin yang sedang duduk rehat di rumah, tiba-tiba didatangi oleh tentera-tentera zionis yang memaksa mereka keluar dari rumah mereka. Kemudian mereka dibawa berkumpul beramai-ramai ke satu tempat lapang. Disana, tentera-tentera laknatullah ini telah bersiap sedia di atas bumbung bangunan dengan kelengkapan senjata untuk menembak rakyat Palestin yang terdiri dari sekecil kanak-kanak, wanita, hinggalah orang tua yang uzur. Selepas mendapat arahan dari ketua mereka, tentera-tentera ini menembak orang Palestin yang berhimpun beramai-ramai di kawasan itu. Betapa zalimnya tentera zionis di awal penjajahan mereka hinggalah ke saat ini. Setiap rakyat Palestin yang ada tatkala itu, pasti akan ditembak mati. Pada saat itu, mereka seakan-akan membuat penghapusan kaum yang amat dahsyat. Mungkin anda boleh menontonnya satu ketika nanti. Rasailah perasaan yang sama saya rasa ketika menonton video tersebut.
Pada tika ini, saya punyai satu tekad yang jitu, mulai hari ini, Palestin tidak akan sekali-kali luput dari doa-doa saya dan ingatan saya. "Duhai saudara-saudaraku di Palestin, maafkan diriku atas kealpaan diriku mengejar dunia hingga lupa akan dirimu yang ditimpa musibah. Berjuanglah dengan caramu dan aku akan berjuang dengan caraku namun matlamat kita tetap satu, bebaskan Al-Aqsa!".
terima kasih Ust Maszlee Malik... terima kasih ajk yang terlibat... kalian lah penyuluh kepada yang buta seperti saya...

DIARI OH DIARI

2007 muncul menggantikan 2006. Sudahkah anda memiliki diari untuk memuatkan peristiwa-peristiwa penting yang bakal mewarnai 2007 anda? Saya telah berjaya mencatat segala peristiwa suka dan duka saya pada tahun 2006 dalam diari saya. Saya juga dapat mengingat kembali dengan jelas segala perkara-perkara yang berlaku pada tahun 2006 hasil penulisan tetatp saya dalam diari 2006. Memang seronok dan boleh membuat kita tersenyum sendiri (jangan lebih-lebih. nanti masuk hospital sakit jiwa pulak).

Kini saya telah membeli Diari 2007 yang baru untuk saya muatkan segala peristiwa-peristiwa yang bakal saya hadapi kelak. Anda bagaimana?

Jom la beli satu......

KERJA - VOL 1

Sewaktu cuti panjang selepas SPM 2 tahun lepas, saya seperti remaja lain begitu teruja untuk bekerja. Maklumlah, baru habis SPM, diri rasa macam burung yang baru lepas dari sangkar! Keinginan untuk mencari 'makan' sendiri tinggi. Ada kawan saya yang memilih untuk bekerja di pasar raya, restoran makanan segera dan sebagainya.

Pening juga kepala memikirkan dimana nak cari kerja. Saya pergi 3 temuduga kerja sambilan. Mulanya di KFC Ipoh kemudian The Store Ipoh dan akhir sekali di 7 Eleven Ipoh. 2 hari selepas temuduga, wakil 7 eleven telefon saya dan maklumkan yang saya dapat bekerja di situ.

Hari pertama kerja, memang seronok sebab dapat ramai kawan. Mereka memang banyak bagi tunjuk ajar kepada saya. Hari kedua pun ok lagi. Kadang-kadang penat juga. Hari ketiga saya kerja malam disitu. Malam tu berlaku satu tragedi yang paling menyayat hati saya. Ketika saya diminta menjaga kaunter, masuklah satu pasangan melayu dalam kedai tu dan mengambil botol arak dan meletakkan di atas kaunter. Si lelaki turut mengambil kondom yang dijual 7 Eleven dan meletakkan di meja yang sama. Tatkala itu, saya teringat hadis yang pernah diajar oleh ustaz saya ketika di SARJANA yang mana menyatakan ALLAH melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak dan antaranya adalah penjual arak!

Hati saya memang menyumpah habis pada pasangan tersebut. Luluh hati untuk scan harga arak tersebut. Saya terpaksa akur memandangkan hanya saya yang ada di kaunter pada ketika itu dan rakan kerja saya sedang susun barang di rak jauh dari saya. Sambil beristighfar panjang, saya kira harga barang dan mengambil duit dari lelaki jahanam tersebut. Pada ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya. Selesai kerja, esok paginya saya letak jawatan.

Seminggu saya menganggur dirumah tanpa kerja. Akhirnya saya nekad pergi ke Kuala Lumpur mencari kerja disana. Saya mempunyai keyakinan yang satu, tuhan pasti akan menemukan saya pada satu pekerjaan yang pasti sesuai dengan jiwa saya.

(nantikan sambungan ini pada episod akan datang.... Vitacare KLCC, SRI Al-Amin Kuala Lumpur.........)

RAMADHAN YANG KU DAMBA

Kemeriahan syawal mula terasa dimana-mana...
Baik dibandar mahupun di desa, bazaar-bazaar, kompleks membeli-belah kini berlumba-lumba menawarkan harga terendah untuk menarik pelanggan seramai yang boleh. Ramai berpusu-pusu mengunjungi ke butik-butikmengambil tempahan yang telah dibuat. Lagu-lagu raya sudah acapkali berkumandang maklumlah, raya nak dekat!
Keghairahan kita dalam menyambut syawal kadang-kadang menyebabkan kita lupa yang kita masih berada di Bualan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Bulan yang terdapat di 10 malam terakhirnya Lailatul Qadar. Bulan ini yang kita sanjung tatkala ketibaannya. Bulan ini juga lah yang dirai oleh para peniaga untuk berniaga. Yang tidak berniaga sebelum ini pun, turut mengambil kesempatan berniaga di bulan maghfirah ini. Adakah kita sedar yang 10 malam terakhir Ramadhan ini, sangat dinanti-nanti oleh golongan ahli ibadah untuk memperbanyakkan lagi ibadah? Di 10 malam terakhir inilah Rasulullah SAW kerap beriktikaf di masjid.
Allah Maha Bijaksana. Allah kurniakan Lailatul Qadar di 10 malam terakhir bagi menguji tahap keimanan kita. Allah tidak mengurniakan Lailatul Qadar di 10 malam terawal juga tidak di 10 malam pertengahan kerana tatkala itu masih ramai hamba-hambaNYA yang tekun beribadat kepadaNYA. Allah kurniakan Lailatul Qadar pada 10malam terakhir supaya kita istiqomah melakukan ibadah tanpa terlalu taksub dan ghairah menyambut Aidilfitri. Pemergian Ramadhan ditangisi oleh ramai 'Abid-'abid dan mereka sentiasa menanti ketibaannya, berdoa agar mereka dapat diketemukan denagn Ramadhan yang akan datang.
Dikesempatan ini, saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat agar dapat melakukan ibadah dengan baik di 10 malam terakhir Ramadhan. Rebutlah kesempatan ini dengan memperbanyakkan ibadah. Tidak salah kita membuat persiapan menyambut hari kemenangan kita namun biarlah bersederhana. Jangan biarkan keghairahan kita menyambut syawal menenggelamkan Ramadhan yang masih ada.
Ingatlah, KITA SEKALI-KALI TIDAK PERNAH MENERIMA JAMINAN DARIPADA ALLAH SWT YANG KITA AKAN DAPAT BERTEMU DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG KERANA MASA ITU HAK ALLAH. AJAL BISA BERLAKU BILA-BILA TANPA DIUNDANG!

DARI ARKIB ARTIKEL SAYA... VOL 1

assalamualaikum......
ana ada terima email yg menunjukkan gambar kartun yang digembar-gemburkan akhbar yg telah menghina junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW.
honestly, ana begitu kecewa dan marah atas tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. ia telah menghina seluruh umat islam secara total.

sahabat,
rasulullah saw begitu kasih pada kita. Baginda terlalu menyayangi umatnya hinggakan sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda menyebut ummati, ummati, ummati....... apakah kita juga begitu? adakah kita sayang dan kasih pada rasul?

apa tindakan kita atas perbuatan kuffar laknatullah yang menghina Rasullullah SAW secara terang-terangan? Sahabat, disebalik kartun tersebut tersembunyi niat jahat kuffar yang mahu melihat reaksi ummat islam seluruhnya!!! apa yang mampu ummat islam buat hasil tindakan berani mereka.

CONTOH :
1. tindakan israel yang mengebom Sheikh Ahmad Yasin satu ketika dulu. Beliau dibom dengan peluru berpandu ketika beliau pulang dari menunaikan solat subuh. APA REAKSI UMMAT ISLAM SELURUHNYA?

kita mengadakan tunjuk perasaan....... 2,3 bulan kemudian, senyap.........
pemimpin hamas seterusnya menjadi mangsa. kanak-kanak palestin terus menjadi mangsa. iraq merana dengan perpecahan kaum, kemusnahan harta benda dan sebagainya.

sahabat, ana menyeru dengan seruan yang satu,
TOLONG BOIKOT KUFFAR!!!!!

mulakan dengan sedikit demi sedikit kerana ana yakin masih ramai yang tidak mampu meninggalkan barangan mereka 100%. mulakan sedikit demi sedikit. tinggalkan barangan mereka. gunakan produk islam yang terdapat di sekeliling kita.

lancarkan jihad kita dengan memboikot barangan mereka.
ingat, Umat Islam selamanya tidak akan lemah..... kita kuat!!
kita ada ALLAH SWT. Kita ada doa sebagai senjata utama.....
pohonlah bantuan pada ALLAH.

moga kasih Rasul membawa kita kepada syafaatnya......

BERSATU PADA KUASA UMMAH

Pagi ini saya buka yahoo mail saya yang acapkali saya buka setiap pagi. Saya terima email daripada Ust Maszlee Malik. Sudah lama rasanya saya tidak berjumpa mahupun berutus email kepada beliau. Beliau agak 'panas' dan 'popular' sejak belakangan ini. Artikel-artikel beliau menjadi satu isu besar buat segelintir pihak. Pada saya, biar apa pun orang kata, tuduh pada Ust Maszlee, saya lebih mengenali beliau dan saya arif hati budi serta keinginan beliau untuk membangunkan ummah. Saya juga tidak menyalahkan pihak tertentu yang membesar-besarkan hal ini kerana mereka ada hak untuk bersuara dan mereka juga mempunyai pendapat tersendiri. Sebagai insan yang masih kerdil, saya menghormati kedua-dua pihak. Yang penting, kita adalah muslim. Berpegang pada satu akidah yang sama serta berjuang di atas landasan yang sama. Kita daripada satu ummah! Biarlah kita berbeza pada pendapat namun kita bersatu atas dasar ISLAM. Kita bersatu pada kuasa Ummah!